Oleh : Syed Kamal
Ketua
Satria Pribumi's Mitchum Angelo (kanan) bersama Naib Presiden Pribumi's Johney
Malibin (kiri) dalam satu sidang media
berhubung kebanjiran PATI yang membimbangkan di Tambunan.
TAMBUNAN : Keluhan rakyat
tempatan di daerah ini mengenai ancaman kebanjiran pendatang asing tanpa izin
(PATI) yang dikatakan berada di tahap kritikal akan disampaikan kepada pihak
berwajib yang bertujuan untuk mendesak terutama pihak berkuasa bertindak segera
menangani masalah tersebut.
Ketua Satria Pertubuhan
Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMI’S) , Mitchum Angelo, berkata kehadiran pendatang
di daerah ini telah mendatangkan masalah sosial, peluang perniagaan, selain
menyebabkan persekitaRan alam sekitar daerah ini turut terjejas.
“ Apa yang saya lihat di
Tambunan ini ialah kegagalan pihak berkuasa dalam menangani perlbagai masalah
yang timbul , penguatkuasaan yang tidak efektif dan tidak berkesan,” kata
Mitchum yang telah membuat pemantauan selama 1 bulan lalu termasuk menemuramah orang ramai berkaitan
dengan pelbagai masalah PATI di sini.
Hasilnya kata Mitchum ialah beliau begitu terkejut dengan peranan
pendatang asing berniaga secara berleluasa dan bergerak bebas dan peluang
pekerjaan diambil alih orang asing.
Atas kegagalan itu kata
Mitchum pihak beliau dan rakyat di pendalaman akan mengusulkan permasalahan ini terhadap
wakil-wakil rakyat kawasan ini yang dikatakan gagal mendengar suara rakyat
terutamanya mengenai soal pendatang asing yang menimbulkan ketakutan orang
tempatan.
Bersama beliau membuat
tinjauan ialah Naib Presiden Pribumis, Johney Malibin. “ Kami mengalu-alukan
maklumat berkaitan PATI di kalangan masyarakat pendalaman kerana kita mahu
kehidupan yang lebih selamat dan tidak terancam seperti apa yang berlaku
sekarang,” katanya.
No comments:
Post a Comment