Oleh: Shaimon S Jumadi
SANDAKAN:- Berhubung
dengan kenyataan mantan
Timbalan Menteri Pelajaran, Wei Ka Siong tentang kegagalan kemasukan
pelajar-pelajar ke IPTA setiap tahun, fenomena ini tidak berkaitan dengan
isu-isu dasar, tetapi menampakkan perlaksanaan
sistem pendidikan yang berat sebelah.
Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong (gambar) tidak setuju dengan
kenyataan tersebut dan menyatakan bahawa
dasar pemilihan kemasukan ke IPTA tempatan yang kurang telus merupakan kunci
utama kepada fenomena yang sering berlaku ini. Sekiranya dasar tersebut boleh
dijalankan secara telus, bagaimanakah pentadbiran akan berlaku situasi yang
berat sebelah?
Beliau menjelaskan
bahawa terdapat dua peperiksaan untuk memohon kemasukan ke IPTA, iaitu
Matrikulasi dan Tingkatan Enam (STPM). Matrikulasi memberikan kemasukan ke IPTA
secara langsung selepas kajian bertempoh setahun, manakala bagi Tingkatan Enam
pula, kajian harus dijalankan selama dua tahun dan kemasukan ke IPTA adalah
berdasarkan keputusan STPM.
Stephen Wong menambah bahawa, dengan sebab pelajar - pelajar dari
Matrikulasi telah mengambil kedudukan majoriti di IPTA, menjadikan walaupun
graduan STPM mencapai keputusan yang cemerlang pun turut dinafikan untuk kemasukan
ke IPTA, sekiranya berjaya diterima oleh IPTA, mereka juga tidak dapat
memperolehi subjek berdasarkan pilihan mereka.
Beliau menegaskan bahawa
disebabkan ketidakadilan dasar itu, walaupun pelajar telah mencapai keputusan
yang cemerlang (CGPA 4.0), mereka juga tidak diterima oleh IPTA tempatan. Hal
ini adalah sangat tidak adil dan tidak munasabah, terutama hal ini telah
berlaku setiap tahun. Tahun demi tahun, bagaimanakah kerajaan BN dapat
menjustifikasikan mereka atas situasi ini?
Katanya lagi pada tahun ini terdapat sekurang - kurangnya
40,000 pelajar yang memohon untuk kemasukan ke IPTA. Terdapat banyak pelajar
cemerlang tidak mendapatkan subjek pilihan utama mereka dan terdapat juga
banyak pelajar gagal untuk masuk ke IPTA. Hal ini adalah disebabkan dasar pemilihan
kemasukan ke IPTA yang tidak adil dan bukan berdasarkan prestasi dan merit para
pelajar.
Beliau berasa kesal terhadap
Wei Ka Siong yang telah memegang
jawatan tersebut selama 5 tahun, mengapakah dasar pemilihan kemasukan ke IPTA
masih gagal memberi keutamaan kepada pelajar - pelajar cemerlang yang telah
mencapai keputusan CGPA 4.0?
Stephen Wong berkata ketika Wee Ka Siong memberi pendapatnya di
Parlimen, DAP telah mencadangkan untuk mengadakan undang-undang supaya
memastikan pelajar-pelajar cemerlang diberi keutamaan untuk memilih subjek
pilihan mereka, tetapi Wee Ka Siong tidak berani memberi balasan atas cadangan
ini.
Beliau menyifatkan bahawa
orang - orang yang berbakat adalah harapan negara pada masa hadapan dan sangat
berharga. Oleh itu, saya berharap kerajaan BN mengambil perhatian yang serius
supaya pemilihan pelajar untuk kemasukan ke IPTA tempatan boleh dilaksanakan
secara adil dan telus.
“Pada masa yang sama,
kerajaan BN haruslah mengambil tindakan terhadap orang yang menyebabkan
penyelewengan sistem pendidikan, seperti yang dinyatakan oleh Wee Ka Siong,
supaya pelajar-pelajar yang cemerlang dapat memperolehi subjek pilihan utama
mereka untuk menlanjutkan pelajaran mereka di Malaysia” KATA Wong kepada
Wartawan Kanan Sabahkini.Net kelmarin.
No comments:
Post a Comment