TETAMU
KHAS...Nasir(dudk empat kanan);Hashim Paijan(duduk empat kiri);Maisuri
Besri(tiga kiri);Abd Kadir(tiga kanan);Pengiran Saifuddin(dua kanan);Jusli
Potoh(kiri) dan Joidin Gahim(kanan) sempena majlis itu.
Oleh:ARSHAD HUSSIN
Usaha melahirkan Skim Pembangunan Usahawan Siswazah itu diwujudkan bagi
melaksana dasar Kementerian Usahawan dan Koperasi (MECD) di peringkat Nasional
dan KPP (MID) di peringkat negeri sesuai dengan DPN yang mahukan lebih ramai
golongan usahawan Bumiputera diwujudkan bagi melaksana pertumbuhan ekonomi
negara mapan.
KENANGAN
SPUS...Nasir (duduk tiga kiri);Hashim Paijan(tiga kanan);Maisuri Besri(dua
kanan);Dr.Hj.Abdul Kadir Hj.Rosline(dua kiri) dan Jusli Potoh mengabadi gambar
kenangan bersama peserta kursus SPUS sempena majis itu di Kota Kinabalu.
Bagi mencapai
tujuan dan matlamat kerajaan itu SEDCO dengan gabungan kerjasama Uitm dan
kerjasama daripada SME Bank;MARA dan SEDCOVEST kini telah Berjaya melahirkan 66
orang usahawan muda Berjaya melalui program Skim Pembangunan Usahawan Siswazah
(SPUS) golongan bumiputera melibatkan pelbagai bidang termasuklah bidang
pengendalian restoran;pemprosesan sarang burung;pemprosesan bahan binaan
batubata konkrit;penghasilan rumpai laut;pengeluaran produk plaster
siling;pengeluaran produk aluminium dan kaca;pembaikan sofa rumah dan kusyen
kereta dan pembuatan perahu gentian kaca(Fiberglass).
Sehingga kini
program ini (SPUS) telah melalui lapan sesi dengan jumlah keseluruhan peserta
seramai 152 orang sejak ianya diperkenalkan.
Pengerusi
Sedco,Dato Sri Nasir Tun Sakaran,menjelaskan kejayaan itu juga hasil daripada
usaha dan dokongan kerajaan negeri melalui Kementerian Pembangunan Perindustrian
Negeri Sabah dengan menyalur dan menyedia dana RM150.00(seratus lima puluh
ribu) setiap tahun.
Sehubungan itu,Nasir mengingatkan peserta terus
menanamkan tekad dan berusaha menjayakan perniagaan mereka dengan tekun serta
tabah.
Beliau menegaskan,setiap
apapun usaha ianya memerlukan semangat yang kental mengharungi pelbagai cabaran
dan berharap peserta yang telah berjaya menamatkan latihan tidak berpatah
semangat sebaliknya gigih bersaing dengan peniaga mahupun usahawan yang sedia
ada.
Nasir berkata
demikian semasa merasmikan Majlis penyampaian sijil skim pembangunan usahawan
siswazah (SPUS) 2013 & anugerah kecemerlangan akademik kumpulan sedco
(SEED) bagi 2011 & 2012 di sini baru-baru ini.
Hadirsama,SUT Kementerian Pembangunan Perindustrian
Sabah,Datuk Hj.Hashim Paijan;Pengurus Besar Kumpulan SEDCO,Maisuri
Besri;Pengarah UiTM Sabah,Datuk Dr.Hj.Abdul Kadir Hj.Rosline;Pengarah Urusan
SUDC,Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir;Pengurus Besar Perkasa Realty Sdn
Bhd.,Joidin Gahim; dan Pengurus Besar Sedcovest Holding Sdn Bhd.,Jusli Potoh.
Sementara objektif Anugerah Pelajar Cemerlang Kumpulan
untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada anak-anak anggota pekerja
SEDCO dan Syarikat Kumpulan di atas pencapaian cemerlang dalam peperiksaan UPSR,PMR,SPM
dan STPM;dan memberi perangsang serta galakan kepada anak-anak anggota pekerja
SEDCO dan Syarikat Kumpulan mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan
No comments:
Post a Comment