oleh : Dawi Ossen (ABK, ADK
) DSP selaku Ketua Polis Daerah Kudat
KPD kudat DSP Dawi Ossen dan KBSJD kudat....komputer judi yg berjaya dirampas oleh PDRM Kudat.
Latar Belakang Kes
Bertindak atas maklumat
pada 25/07/2013 jam l/kurang
7.40 malam sepasukan polis dari jabatan siasatan jenayah ipd kudat semasa menjalankan Ops DADU
–membenteras mesin perjudian telah membuat serbuan ke atas sebuah premis di
kawasan pekan Kudat yang disyaki
menjalankan mesin perjudian Cyber. Dalam serbuan tersebut telah berjaya
menangkap 2 orang lelaki , 6 set komputer pelbagai jenama berserta
peralatannya. Turut dirampas wang tunai
sebanyak RM 108.00
Tangkapan
Seramai 2 orang lelaki tempatan dalam lengkongan umur 30 tahun telah
ditangkap kerana berada di primis tersebut yang disyaki pelanggan dan penjaga
mesin perjudian cyber.
Siasatan
Kes ini disiasat dibawah
sek. 4b(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang boleh dihukum denda tidak kurang dari Sepuluh Ribu Ringgit dan tidak lebih dari Satu Ratus Ribu Ringgit
setiap mesin yang dirampas dan dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak
lebih lima tahun.
Ulasan:
Selaku Ketua Polis Daerah Kudat ingin menasihatkan kepada orang ramai agar
tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan judi khususnya perjudian melalui
komputer Cyber . Ini adalah kerana ianya bukan saja merugikan tetapi membuang
masa serta akan menggalakkan kegiatan itu terus beroperasi secara
tersembunyi. Operasi untuk membenteras
perjudian khususnya perjudian jenis cyber
akan terus dijalankan dari masa ke semasa.
No comments:
Post a Comment