Oleh : Hasbullah Awang Chik
Pengarah Eksekutif Suaram,
Cynthia Gabriel menyifatkan saksi kes Scorpene di Perancis, Jasbir Singh Chahl
tidak mendedahkan sepenuhnya maklumat yang diketahuinya mengenai urus niaga
pembelian kapal selam itu kepada media arus perdana.
"Perkara ini menjadi
perhatian ramai tetapi beliau tidak mendedahkan semua," katanya pada
sidang media hari ini bagi mengulas kenyataan Jasbir yang dilihat
memburuk-burukkan Suaram dalam NST.
Beliau berkata, Jasbir
sepatutnya mendedahkan butiran pembekalan, selain peranannya dan mengapa beliau
digugurkan dari rundingan berkenaan.
"Kami pelik mengapa
butiran itu tidak disiarkan NST," katanya yang berpendapat Jasbir juga
wajar mendedahkan punca Datuk Seri Najib Razak campur tangan dan pembabitan
kawan lamanya, Abdul Razak Baginda dalam rundingan itu.
Tidak setuju dengan
kenyataan dalam akhbar berkenaan, Cynthia berkata, Jasbir menyatakan Altantuya
Shaariibuu tidak terlibat dalam proses rundingan tetapi ia bertentangan dengan
kenyataan bapanya sendiri yang mendedahkan anaknya perunding rojek itu.
"Jika bukan perunding
projek, mengapa Altantuya meminta $500,000 sebagai komisen," katanya.
Antara 2009 dan 2010 sewaktu
kapal selam dalam proses penghantaran, beliau berkata, Jasbir membayar €114.9
juta kepada Perimekar yang mencatatkan kerugian daripada untung bersih, RM19
juta kepada RM3.3 juta.
Beliau berkata, laporan
kewangan syarikat pada 2010 menunjukkan projek dengan kerajaan tamat pada
Disember 2009 dan kerugian berlaku.
"Jadi, adakah Permekar
ditubuhkan hanya untuk menerima projek kapal selam? Dan, kenapa Jasbir tidak
mendedahkannya?" katanya.
Cynthia turut mempersoal
peranan Jasbir dalam Terasasi Sdn Bhd dan mengapa syarikat itu tidak didedahkan
kepada umum.
"Jasbir pernah menjadi
pengarah di syarikat itu sebelum Razak dan bapanya turut terlibat sama, katanya
sambil mendesak suruhanjaya siasatan ditubuh bagi mendedahkan hal berkenaan
kepada umum.
Menyatakan Jasbir pernah
menjadi perunding dalam perolehan dua kapal selam sebelum digugur, beliau
berkata, saksi kes Scorpene itu juga memfail saman RM50 juta terhadap Razak
yang sebelum membuat penyelesaian luar mahkamah.
Pada kenyataan dalam NST
baru-baru ini, Jasbir bersumpah Altantuya tidak berada di Perancis semasa
rundingan pembelian kapal selam.
Urus niaga pembelian kapal
selam juga menjadi antara sebab Razak menjadi tumpuan media pada 2006 apabila
Altantuya didakwa mengancamnya sebelum mayatnya diletup di Puncak Alam.
Pada 2009, Suaram
membuat aduan kepada Mahkamah Perancis
yang membawa kepada siasatan membabitkan dua hakim berhubung dakwaan kerajaan
Malaysia terbabit dalam rasuah pembelian dua kapal selam Scorpene. - 30 Julai,
2013.(The Malaysian Insider)
No comments:
Post a Comment