OLEH:
SHAIMON S JUMADI
Gejala
merosakkan harta benda awam atau yang
disebut Vandalisme di daerah Sandakan semakin menjadi-jadi ekoran ketiadaan
pemantauan oleh pihak-pihak tertentu sehingga fenomena ini menjadi berleluasa.
Kelihatan sebahagian Telefon Awang yang dirosakan oleh
p-ara vandelisme dibangunan Bamdar Kim Fung Blok E
Hal
ini cukup jelas dan terbukti kerana terdapat beberapa buah telefon awam yang di sekitar deretan blok
bangunan Bandar Kim Fung KM 7.8 Jalan Utara Sandakan sama sekali tidak
boleh digunakan. Kerosakan diakibatkan
kejahilan segelintir masyarakat yang
tidak bertanggungjawab suka merosakkan
telefon-telefon berkenaan.
Dalam
tinjauan seorang aktivis masyarakat yang juga selaku Pegawai Tugas-Tugas Khas
Kepada Ahli Parlimen Sandakan Amsi Liew bersama Wartawan Kanan Sabahkini.net
mendapati beberapa lokasi boleh dikatakan hampir mencecah 70 peratus telefon
awam yang dibekalkan oleh pihak Telekom Malaysia habis musnah dirosakkan oleh
para vandalisme terbabit.
“Sebagai
rakyat Malaysia kita seharusnya
menghargai apa saja harta benda awam yang disumbangkan oleh pihak-pihak
tertentu sebagai satu kemudahan untuk digunakan bersama,” kata Amsi kepada
Wartawan Sabahkini.net kelmarin,
Kata
Amsi lagi pihak yang berkenaan haruslah membuat pemantauan terhadap mana-mana harta
awam. Umpamanya seperti melakukan pemasangan telefon di lokasi-lokasi tertentu bagi mengenal pasti atau menjerat
orang-orang awam yang tidak bertanggungjawab dan sengaja merosakan telefon-telefon berkenaan
jika mereka didapati berbuat demikian yang terbabit harus dikenakan hukuman
berat mengikut undang-undang vandelisme yang sedia ada.
Tambahnya
lagi perbuatan vandalisme yang merupakan
budaya samseng seumpama ini tidak harus dibiarkan sehingga berleluasa kerana
akan merugikan wang kerajaan khususnya kepada masyarakat pengguna setempat.
No comments:
Post a Comment