Oleh: Shaimon S Jumadi
UNTUK mempertingkatan ekonomi dalam aspek
penangkapan ikan sebagai sumber mata
pencarian harian dengan itu, seramai 71
penduduk Kampung Pangkalan Bukit Garam di sini menerima lesen bot nelayan bagi
membolehkan mereka menerima bantuan yang disediakan kerajaan.
Majlis
disempurnakan Pembantu Menteri Belia dan Sukan negeri, Masiung Bannah di
kampung itu hari ini.
Dalam
ucapannya, Masiung yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kuamat antara lain
menasihatkan penerima perlu menjaga dan
menggunakan lesen itu dengan sebaik-baiknya dalam usaha mengubah sosioekonomi
keluarga masing-masing.
Beliau
juga mengingatkan mereka agar tidak mengambil jalan mudah bagi memperoleh wang
dengan menyewakan lesen itu kepada orang lain.
Seorang
penerima, Basrah Annas, 86, berkata lesen itu membolehkan beliau menerima
bantuan yang disediakan untuk golongan nelayan, dan berterima kasih kepada
kerajaan kerana prihatin, khususnya membantu mereka keluar daripada belenggu
kemiskinan.
No comments:
Post a Comment