Oleh : Alan Ting
Adakah masanya sudah tiba
bagi Kementerian Pendidikan menimbang dengan serius untuk mengadakan
peperiksaan tunggal bagi kemasukan ke universiti sebagai penyelesaian jangka
panjang kepada masalah pelajar terbaik yang tidak memperoleh tempat di
universiti tempatan?
Pengerusi Biro Pendidikan
Gerakan Lau Chin Hoon sememangnya berpendapat begitu atas dasar dwi-sistem bagi
kemasukan ke universiti sekarang, iaitu STPM dan matrikulasi, menjadi punca
ketidakpuasan hati sesetengah mereka meskipun terdapat lebih banyak pengambilan
berdasarkan merit.
"Purata Nilai Gred
Kumulatif (CGPA) 4.0 dalam matrikulasi dan CGPA 4.0 dalam STPM bukanlah setara.
Dari segi prosedur parameter kedua-duanya adalah peperiksaan yang sama sekali
berbeza. Sebab itulah, kita perlu menyeragamkannya menjadi peperiksaan tunggal
untuk ke universiti," jelas beliau.
Ini berikutan hakikat bahawa
STPM digabungkan dengan Cambridge Local Examinations Syndicate manakala
matrikulasi pula berasaskan kombinasi kerja kursus, peperiksaan dan penilaian
pensyarah.
Beliau berkata tanpa
peperiksaan kemasukan yang seragam, masyarakat akan sentiasa beranggapan
terdapat kurang ketelusan dalam proses pemilihan memandangkan tiada peratusan
kemasukan yang boleh diperoleh segera daripada setiap sistem.
"Jika ada peperiksaan
kemasukan seragam, masyarakat boleh menerima hakikat apabila permohonan mereka
ditolak. Tidak dinafikan bahawa tempat tertentu perlu dikhaskan kepada mereka
yang kurang berkemampuan namun peperiksaan seperti ini akan memastikan
ketelusan yang lebih hebat," kata Lau.
Peperiksaan tunggal untuk ke
universiti adalah perkara lazim di dunia. Di Amerika Syarikat, ia dikenali
sebagai 'Standard Assessment Test' (SAT), di China, 'The National Higher
Education Entrance Examination' atau 'Gaokao' manakala Korea Selatan pula
mempunyai 'College Scholastic Ability Test' atau dikenali sebagai 'Suneung'.
Beliau berkata sungguhpun
usaha dilakukan untuk menambah baik format STPM tahun ini tetapi langkah itu
masih tidak menyelesaikan isu pelajar terbaik tidak mendapat tempat di
universiti awam.
Kali terakhir STPM
dijalankan berdasarkan format lama adalah pada 2012, memandangkan tiga tahun
lepas Kementerian Pendidikan memutuskan untuk merombak format peperiksaan iaitu
daripada mengadakan satu peperiksaan akhir kepada format yang memasukkan
penilaian berasaskan sekolah dan penilaian pada setiap akhir semester bertujuan
menggalakkan lebih ramai pelajar mengambil STPM.
Sejumlah 51,673 pelajar
menduduki peperiksaan itu tahun lepas dengan 442 orang daripadanya memperoleh
4.0 CGPA.
"Di Malaysia, seperti
juga di kebanyakan negara Asia, kita cenderung belajar untuk lulus peperiksaan
berbanding dengan menumpukan perhatian ke arah memburu cita-cita atau
kerjaya," katanya.
Pandangan beliau disokong
Felo Penyelidikan Utama di Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Datuk Dr Denison Jayasooria yang bersetuju bahawa Malaysia perlu
memperkenalkan peperiksaan tunggal ke universiti sambil memastikan pelajar
kurang berkemampuan juga diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti
awam.
"Ia seharusnya sama ada
matrikulasi atau STPM, bukan kedua-duanya. Satu cara lagi ialah mungkin
membiayai mereka mengikuti kursus yang diinginkan sama ada di universiti awam
atau swasta atau malah di luar negara, sama seperti sistem baucar di UK,"
katanya.
Timbalan Naib Canselor
Inti_UC Laureate International University, Prof Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid
berpendapat kelihatan seperti wujud salah tanggapan, malah mungkin mitos bahawa
setiap pelajar terbaik seharusnya memasuki universiti awam tempatan.
Beliau menarik perhatian
bahawa pendemokrasian pendidikan tinggi pada 1990-an mewujudkan tambahan
kira-kira 500,000 tempat bagi program ijazah sarjana muda.
Pada masa ini, kira-kira
900,000 pelajar mengikuti pengajian peringkat tinggi di 20 universiti awam, 33
universiti swasta dan kolej universiti, empat kampus cawangan universiti asing,
22 politeknik, 37 kolej komuniti dan kira-kira 500 kolej swasta.
"Kerajaan telahpun
meminda peraturan untuk memberi layanan yang sama kepada universiti awam dan
swasta.
"Sebenarnya, tiada isu
berhubung pelajar cemerlang yang tidak mendapat tempat di universiti, sebaik
saja mereka memasuki universiti swasta. Kita ada ruang yang mencukupi. Saya
rasa ini bukanlah satu isu," katanya.
Sambil menegaskan bahawa universiti
terulung di United Kingdom sebenarnya adalah universiti swasta, beliau berkata
satu-satunya isu adalah bantuan kewangan bagi pelajar cemerlang.
"Pelajar yang
memperoleh keputusan yang baik sepatutnya diberi bantuan kewangan untuk
meneruskan pelajar ke institusi pengajian tinggi," katanya.
Beliau menarik perhatian
bahawa pendemokrasian pendidikan tinggi pada 1990-an mewujudkan tambahan
kira-kira 500,000 tempat bagi program ijazah sarjana muda.
Pada masa ini, kira-kira
900,000 pelajar mengikuti pengajian peringkat tinggi di 20 universiti awam, 33
universiti swasta dan kolej universiti, empat kampus cawangan universiti asing,
22 politeknik, 37 kolej komuniti dan kira-kira 500 kolej swasta.
"Kerajaan telahpun
meminda peraturan untuk memberi layanan yang sama kepada universiti awam dan
swasta.
"Sebenarnya, tiada isu
berhubung pelajar cemerlang yang tidak mendapat tempat di universiti, sebaik
saja mereka memasuki universiti swasta. Kita ada ruang yang mencukupi. Saya
rasa ini bukanlah satu isu," katanya.
Sambil menegaskan bahawa
universiti terulung di United Kingdom sebenarnya adalah universiti swasta,
beliau berkata satu-satunya isu adalah bantuan kewangan bagi pelajar cemerlang.
"Pelajar yang
memperoleh keputusan yang baik sepatutnya diberi bantuan kewangan untuk
meneruskan pelajar ke institusi pengajian tinggi," katanya. (BERNAMA)
No comments:
Post a Comment