Oleh:
Shaimon S Jumadi
TERBENGKALAI....Inilah wajah bangunan
terbengkalai di Sabindo jadi sarang maksiat dan pembiakan tikus
TAWAU:-
Sebuah bangunan yang terbangkalai di Bandar Sabindo dekat sini yang terbiar
begitu sekian lama bukan saja menjijikkan
pandangan mata bahkan berbagai-bagai perkara berlaku di bangunan
tersebut antaranya tempat sarang maksiat dan kedua tempat sarang penagih dadah
dan sarang penghidu gam.
Cerita
mengenai bangunan yang terbengkalai sekian lama ini memang telah lama diketahui
oleh pihak berkuasa tempatan khususnya Majlis Perbandaran Tawau (MPT) termasuk
juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sri Tanjung dan Ahli Parlimen
Tawau, tetapi tiada sesiapa yang ingin
mengambil tahu mengenai bangunan tersebut bukan saja kotor bahkan menjadi
sarang pembiakan tikus.
Sebagai
warga Tawau saya meminta jasa baik kepada pihak-pihak yang berkenaan agar minta
perintah mahkamah untuk merobohkan bangunan terbengkalai itu. Buat apa bangunan sedemikian dijadikan
bahan perhiasan yang menjijikkan pandangan mata terutama sekali di mata
pelancong luar yang kerap datang ke daerah ini.
Presiden
Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PPRS) Datuk
Mohd Jeffry Rosman berkata demikian kepada Wartawan Kanan
Sabahkini.Net ketika diminta pandangannya
mengenai bangunan usang yang sudah tidak berguna itu terus terpacak dengan megahnya ditengah-tengah bandar tersebut.
Selain
mengenai al kisah bangunan terbengkalai yang kini menjadi kontroversi di kalangan penduduk
setempat di sini adalah deretan Gerai Rombengan (Bundle) terletak di Taman Tikus kelihatan sudah usang.
Tidak ada mana-mana pihak kerajaan khususnya
pihak Majlis Perbandaran Tawau (MPT) termasuk wakil-wakil rakyat
daripada kerajaan Barisan Nasional (BN)
yang mengambil tahu pembangunan di bandar itu seperti menaik taraf gerai yang
dimaksudkan,” ujar Jeffry.
Kata
Jeffry Iagi adalah agak mustahil sekiranya kerajaan BN tidak mempunyai dana dan
peruntukan untuk menaik taraf gerai yang disebutkan itu.
Begitu
juga tambah Jeffry terdapat empat deret bangunan kayu yang merupakan bangunan paling tertua di
daerah Tawau yang kelihatan sudah usang.
Kenapa pihak MPT tidak mahu mengecat
semula bangunan-bangunan tersebut agar kelihatan cantik dan tersergam indah? Lantiklah beberapa kontraktor untuk mengambil projek untuk mengecat bangunan–bangunan papan tersebut.
kenapa bangunan ini tidak disiapkan sepenuhnya dan dibiarkan terbengkalai begitu sahaja?Boleh ceritakan?
ReplyDelete