Oleh:Mohd Farhan Darwis
Putrajaya
meminta maklumat 197 pengguna laman sosial daripada Facebook namun tiada satu
pun daripadanya yang dipenuhi.
Semakan
The Malaysian Insider terhadap "Global Government Requests Report"
yang dikeluarkan Facebook semalam mendapati, selain Malaysia, negara Asia
Tengara (Asean) lain yang turut memohon maklumat pengguna ialah Singapura (117)
dengan sejumlah (70 peratus data diberikan), Filipina (4) (25 peratus),
Thailand (5) (0 peratus) dan Kemboja (1) (0 peratus).
Bagaimanapun,
Facebook tidak mendedahkan dengan lengkap jenis permohonan yang dibuat
kerajaan.
Negara
tertinggi membuat permohonan adalah Amerika Syarikat dengan sejumlah 20,000 -
21,000 permohonan, dan 79 peratus data diberikan oleh Facebook.
Menurut
kenyataan Facebook itu, laporan itu dikeluarkan bagi tempoh enam bulan tahun
2013 yang berakhir pada 30 Jun.
Menurut
peguam Facebook, Colin Stretch dalam kenyataan itu juga berkata, pihaknya
menolak permohonan yang tidak mempunyai asas kukuh.
"Seperti
yang kami maklumkan, kami percaya bahawa walaupun kerajaan mempunyai
tanggungjawab penting untuk memastikan rakyat selamat, ia adalah mungkin untuk
berbuat demikian pada masa sama menjadi telus.
"Ketelusan
kerajaan dan keselamatan awam bukan idea cita-cita yang saling eksklusif.
Setiap satunya boleh wujud pada masa sama dalam masyarakat yang bebas dan
terbuka, dan mereka membantu menjadikan kita lebih kuat.
"Kami
amat menggalakkan semua kerajaan untuk menjadi lebih telus mengenai usaha
mereka yang bertujuan untuk menjaga keselamatan awam, dan kami akan terus
menjadi penyokong agresif untuk pendedahan lebih besar,” katanya.
Percubaan
The Malaysian Insider untuk menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) menemui kegagalan. (The Malaysian Insider)
No comments:
Post a Comment