Oleh:
Shaimon S Jumadi
Foto:
Saffie S Jumadi
WAWANCARA....Isyak bakal
calon Timbalan Ketua Bahagian UMNO Sandakan ditentang 4 penjuru
JAWATAN
Ketua Bahagian UMNO Sandakan yang kini disandang oleh Tan Seri Hj Ampong Puyon
selama hampir 20 tahun kali agak
tergugat apabila Datuk Hj Awang Sham Hj
Wang Hamid Timbalan Ketua Bahagian UMNO dan Shari Ahmad Pengerusi Tetap
Persidangan UMNO masing-masing merebut
jawatan tersebut pada pemilihan yang dijadualkan pada 19 Oktobter 2013
mesyuarat serentak seluruh Malaysia.
NORAINI....Bakal
bertanding merebut jawatan Ketua Wanita
Bahagian UMNO Sanndakan.
Menurut
Sahari tujuannya untuk menentang khususnya
merebut Jawatan Ketua Bahagian UMNO Sandakan adalah untuk menyahut seruan
kepimpinan Transformasi bagi membela
bukan sahaja setakat nasib ketua-ketua
cawangan bahkan untuk membantu ahli-ahli UMNO yang setia dalam beberapa aspek.
SAHARI...Bakal jadi Ketua Bahagian
UMNO Sandakan 2013/2017?
"Selama
20 tahun UMNO Sandakan yang diterajui oleh Ketua Bahagian sekarang tiada membawa sedikit perubahan kerana kehidupan
ketua-ketua cawangan masih di paras kemiskinan berbanding ketua-ketua cawangan
UMNO di kawasan Beluran di bawah
pimpinan Ketua Bahagiannya Datuk James Ratib," kata Sahari kepada Wartawan
Kanan Sabahkini.net melalui panggilan telefon kelmarin.
“Kita
mesti tukar pemimpin yang tidak membawa sebarang kemajuan dan keuntungan kepada
ahli-ahli dan kita gantikan dengan
pemimpin yang berjiwa rakyat yang mempunyai misi, visi dan berpandangan jauh
terutama sekali yang dapat membela ahli
ahlinya bukannya suka makan kenyang sendiri,” tegas Sahari.
“Saya
bertanding Ketua Bahagian bukan bererti saya menentang dasar-dasar
perjuangan parti UMNO tetapi saya bertanding
menentang terhadap kepimpinan Ketua Bahagian UMNO Sandakan yang sudah tidak
lagi relevan. Semua ahli UMNO mahu menukar pucuk pimpinan UMNO Sandakan kepada
muka-muka baru,” ujarnya lagi.
Sementara
Ishak Hj Yusof Apuk semasa ditemubual menjelaskan beliau juga akan bertanding
merebut jawatan Timbalan Ketua Bahagian UMNO yang bakal direbut lima penjuru pada pemilihan nanti.
Katanya,
tujuan beliau bertanding jawatan tersebut kerana akan membetulkan pertadbiran
dan perjalanan sistem pentadbiran UMNO Sandakan yang selama ini sama ada ketua-ketua cawangan termasuk
ahli-ahli UMNO tidak mendapat pembelaan kalaupun ada hanya tak sampai 30
peratus yang hidup dalam serba serbi kemewahan itupun hanya keluarga terdekat
dan kroni-kroni sahaja.
Sebagai
Ketua Bahagian adalah diibaratkan jambatan untuk rakyat berkomunikasi kepada
pihak-pihak atasan tetapi malangnya tidak menjadi kenyataan malahan kehidupan
ketua-ketua cawangan semakin terhimpit,” ujar Ishak lagi.
Manakala
jawatan Ketua Pemuda dan Ketua Wanita
UMNO Sandakan juga bakal menjadi rebutan
kerana kedengaran nama mantan Ketua Puteri UMNO Bahagian Sandakan Puan Noraini
Sulong kerap menjadi sebutan dan beliau sendiri akan menawarkan diri untuk
bertanding Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan pada pemilihan ini nanti untuk
menentang Ketua Wanita yang kini disandang oleh Puan Hasnah Hj Tahalil.
Wartawan
Kanan Sabahkini.Net yang tidak memihak
mana-mana calon kini sedang mencari
maklumat mengenai perkembangan semasa UMNO Sandakan untuk dijadikan bahan cerita sengit panas dan sensasi ini untuk terbitan Portal Online Sabahkini.Net.
No comments:
Post a Comment