Oleh : Saimon S Jumadi
JALAN Raya Pulau Sebatik yang perlu dinaik taraf seperti dijalan-jalan lainnya.
MASALAH Jalan Pulau Sebatik yang dalam keadaan kritikal perlu diperbaiki atau di naiktaraf seperti jalan-jalan raya di tempat lain demi memberikan keselesaan kepada pengguna setempat yang menggunakan laluan utama untuk berulang alik.
Dengan keadaan jalan yang rosak tersebut para pemandu yang lalu di jalan yang dimaksudkan kerap kali kena saman daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas beberapa kesalahan tertentu.
Presiden Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah
(PPRS) Datuk Mohd Jeffrey Rosman menyatakan demikian kepada Wartawan Kanan
Sabahkini.Net Wilayah Sandakan,Semporna,
Tawau melalui telefon malam tadi.
“Saya amat simpati terhadap nasib para pemandu yang sering kena saman oleh JPJ sedangkan mereka 70 peratus penduduk di Pulau Sebatik adalah golongan yang berpendapatan rendah kalau sering kali kena saman sebulan hingga empat hingga lima kali, bayangkan sekali dikumpul saman tersebut boleh mencecah nilai RM1,500.00," jelasnya.
Jeffrey
yang mewakili suara para penduduk Kampung berkenaan akan mengutus surat rasmi
kepada pihak Kementerian Pengangkutan Jalan memohon agar memansuhkan
dahulu semua saman kepada para penduduk
terbabit demi meringankan beban yang
ditanggung. Hal ini kerana semua hasil pendapatan sama ada daripada gaji
mahupun perniagaan khusus untuk menyara kehidupan keluarga semata-mata untuk
membayar denda atau saman kepada pihak JPJ.
"Saya
juga meminta jasa baik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sebatik
Muis Picho dan Ahli Parlimen Kalabakan
Datuk Hj Abdul Ghafur Salleh agar dapat
mengambil perhatian serius terhadap masalah kerosakan jalan tersebut agar dapat
dinaiktaraf seperti jalan-jalan ditempat
lain agar rakyat yang telah memberi
mandat semasa PRU 13 dahulu dapat terbela dengan menikmati segala
kemudahan asas daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) selaras dengan slogan 'Janji Ditepati' dan
Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan," tegas Jeffrey.
No comments:
Post a Comment