Saturday, 3 August 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA JALINKAN SEMANGAT PERADUAN



OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO : SAFFIE  S JUMADI




Begitu kusyuk mendengar  aduan daripada penduduk berkenaan



Masjlis Berbuka Puasa berkelompok  (Sungkai) di bulan Ramadan Al-Mubarak ia bukan saja sekadar untuk menahan kelaparan, dahaka dan membuat perkara-perkara yang dilarang Agama di sepanjang bulan tersebut,  bahkan ia menjurus  mewujudkan hubungan  dan jaliinan mesra antara satu sama lain walaupun tidak seagama dengan mereka.



Wong turut meraihkan Hari Jadi ke 65 Macik  Minah


 

Ini jelas masyarakat bukan beragama Islam yang membabitkan pemimpin kerajaan mahupun pembangkang yang dijemput untuk menghadiri  majlis sedemikian  bersama-sama masyarakat Islam dan bukan Islam telah membuktikan ujudnya setia kawan yang terjalin dan hal  ini harus dipupuk dan dipelihara demi keharmonian daN semangat perpaduan kaum yang ada di Negara ini khususnya di Kampung Sim-Sim Berhala Darat dekat sini.

Ahli Parlimen (DAP) Kawasan Sandakan Stephen Wong  berkata, demikian sewaktu memberi  ucapan ringkas sejurus selepas majlis berbuka puasa di rumah Haji Kiflie di Lorong Jambatan 3 Kampung Sim-Sim malam tadi.

“Sebagai Ahli Parlimen yang diberi mandat pada PRU 13 lalu kita harus dekat dengat rakyat walaupun DAP tidak mampu untuk menunaikan apa saja permintaan rakyat sebab kita bukan kerajaan namum kita masih ada peluang dan ruang untuk mendengar segala rintihan-rintihan rakyat yang masih terpinggir dalam mendapat apa saja bantuan maka wajar kita akan suarakan dan ajukan kepada para pegawai  jabatan kerajaan  yang berkenaan” ujarnya.

Kata Wong lagi,  sejak kebelakangan ini ramai   di kalangan masyarakat Bumiputera bukan saja di Semenanjung yang sudah ramai menjadi ahli DAP bahkan di Sabah juga tidak kurangnya ramai golongan tersebut menyertai DAP ini termasuk di Kampung Sim-Sim yang kini sudah mempunyai tiga buah Cawangan.

Wong menambah segala permasalahan  rakyat yang telah diajukan seperti anak-anak yatim, ibu tunggal dan warga emas yang masih tersisih dalam mendapat bantuan akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk diambil tindakan sewajarnya.

Dalam pada itu  Wong dan rombongan  telah diberikan penghormatan bagi sama-sama menyambut Hari Jadi makcik Minah yang ke 65 serentak dengan majlis berbuka puasa.

 

No comments:

Post a Comment