Saturday, 17 August 2013

MAJLIS RUMAH TERBUKA RAYA SUNTIK SEMANGAT JALINAN MESRA



Oleh: Saffie S Jumadi


ALBUM KENANGAN....Wong  MP DAP bersama rombongan bergambar dengan Saimon berbaju biru



SUASANA Hari Raya Aidilfiri masuk  hari ke sepuluh namun kemeriahannya masih dirasai   walaupun ramai antara mereka yang sudah mula menjalankan tugas masing-masing.


Sementara mereka yang tidak sempat mengadakan majlis rumah terbuka pada raya pertama kedua dan ketiga mungkin disebabkan kesibukan menziarahi keluarga dan sanak saudara, namun tempoh bulan Syawal ada lagi 20 hari lagi maka masih ada peluang dan ruang untuk mengadakan majlis rumah terbuka kepada mereka yang mempunyai sedikit kemampuan.



HADIR...Kelihatan Pegawai dan Kakitangan Pejabat  UPKR kawasan Elopura yang turut hadir majlis rumah terbuka raya

Berkunjung ke majlis rumah terbuka pada saban hari raya ia bukan perkara baru yang dilakukan oleh masyarakat dinegara ini bahkan sudah menjadi satu amalan dan budaya kepada masyarakat  sejak negara kita mencapai kemerdekaan.




Tujuan mengadakan majlis seumpama ini seperti juga perayaan Hari Natal, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Pesta Kaamatan.  Ia jelas menjurus menyuntik semangat perpaduan di kalangan masyarakat majmuk yang  mempunyai pegangan agama menurut kepercayaan masing-masing.


Semasa menyambut apa saja perayaan seperti Hari Raya mereka masing-masing melupakan dulu soal perbezaan fahaman ideologi politik buat seketika  sama ada mereka itu penyokong kerajaan mahupun pembangkang semasa berkunjung kemajlis-majis tersebut, masing-masing berjumpa dan bersalaman sambil menanyakan khabar.


Inilah yang dijelaskan oleh Ahli Parlimen kawasan Sandakan (DAP) Stephen Wong  semasa beliau dan rombongannya mengunjungi majlis Rumah Terbuka Raya yang diadakan di kediaman Ketua Biro/Wartawan Kanan Sabahkini.Net Wilayah Sandakan Saimon S Jumadi  di Taman Nasalim Lot 86 Lorong 1B Jalan Pintas Utara Sandakan baru-baru ini.


Menurut Saimon, tujuan mengadakan majlis rumah terbuka adalah untuk menjalinkan silaturrahim antara satu sama lain tanpa mengira siapa mereka sama ada mereka pro kerajaan dan pro parti pembangkang kerana masing-masing beranggapan semua adalah sahabatnya.


Lebih 200 orang tetamu yang 40 peratus adalah pegawai dan kakitangan kerajaan dan selebihnya 60 peratus adalah sanak saudara dan keluarga terdekat.


“Sebagai wartawan saya harus  berada ditengah-tengah masyarakat dan tiada musuh sama ada mereka penyokong BN atau pembangkang semuanya mereka adalah kawan dan sahabat baik saya,”  ujarnya.

No comments:

Post a Comment