Sebanyak
18 kematian direkodkan daripada 1,768 kes jangkitan virus kencing tikus atau
leptospirosis di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga 1 Jun lepas yang
memperlihatkan trend membimbangkan.
Menteri
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Datuk Abdul Rahman
Dahlan berkata rekod itu menunjukkan masalah infestasi tikus semakin meruncing
dan harus diberi perhatian sewajarnya.
"Kes-kes
yang dilaporkan Kementerian Kesihatan menunjukkan pada 2011 daripada 2,268 kes dengan 55 kematian meningkat kepada
3,665 kes (48 kematian) pada tahun
lepas," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kawalan Tikus
peringkat kebangsaan di pekan Menggatal, dekat Kota Kinabalu hari ini.
Abdul
Rahman berkata trend membimbangkan itu berikutan kesedaran menyeluruh mengenai
penyakit Leptospirosis agak rendah di kalangan masyarakat yang mendorong
kementerian melancarkan kempen bersepadu itu bagi membanteras infestasi tikus
yang menyebabkan leptospirosis.
Katanya
melalui kempen itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengenal pasti kawasan
infestasi tikus seperti pasar awam, kantin, dapur sekolah, kem Pusat Latihan
Khidmat Negara (PLKN) dan premis makanan untuk program gotong-royong
membersihkan kawasan.
"Kerjasama
semua pihak amat diperlukan bagi menjayakan kempen ini kerana jika satu kedai
dalam deretan tidak memainkan peranan, tikus yang berada di kedai itu akan
pergi ke kedai-kedai lain," katanya.
Abdul
Rahman berkata tahap kebersihan premis-premis
makanan juga akan digredkan untuk kemudahan pengguna.
Katanya
pihak kementerian melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) juga sedang merangka
garis panduan untuk diguna pakai PBT dalam menjalankan aktiviti kawalan tikus.
"Mesyuarat
Negara bagi Kerajaan Tempatan (MKN) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin akan diadakan minggu depan atau minggu
selepas itu bagi membincangkan garis panduan berkenaan," katanya.
Terdahulu,
ketika berucap beliau berkata kementerian memperuntukkan lebih RM3.2 juta untuk
Program Kawalan Vektor termasuk kawalan tikus kepada PBT di seluruh negara.
Abdul
Rahman berkata inisiatif kempen kawalan tikus itu turut membabitkan Kementerian
Pelancongan di bawah 1Malaysia Clean, 1Malaysia Green sempena Tahun Melawat
Malaysia 2014 bagi mengekalkan keindahan dan kebersihan untuk manfaat bersama.
(Bernama)
No comments:
Post a Comment