Monday, 26 August 2013

PENYERAHAN BORANG PERMOHONAN PPR KEPADA MANGSA ROBOH RUMAH KG MUHIBBAH



by: T. H. Chan



Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan! Nasib 200 keluarga penduduk di Kampung Muhibbah, Batu 2.5 yang bakal diroboh untuk memberi laluan kepada projek pembinaan Terminal Bas Ekspress Sandakan dapat dibela oleh Kerajaan Barisan Nasional. 

200 keluarga ini telah dapat diberi penempatan di Rumah Projek Perumahan Rakyat PPR di Jalan Lintas Sibuga. Pemimpin Kemajuan Rakyat N45 Elopura, Chan Tzun Hei mengetuai kakitangan UPKR dan Pengerusi JKKK Kg Muhibbah, Hassan Amat telah menyerah borang permohonan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam perobohan rumah pada hari ini. 

"Penduduk yang terlibat merangkumi pengundi bukan sahaja Elopura, malah terdiri daripada pelbagai kawasan di daerah Sandakan ini termasuk Sg Sibuga, Sekong, Tj Papat, Karamunting, Gum-Gum, Kuamut dan Sukau. Namun borang ini diberikan kepada mereka semua yang telah disenaraikan oleh pihak Unit Setinggan Majlis Perbandaran Sandakan tidak kira mereka adalah pengundi Elopura atau tidak," begitu katanya Chan yang juga Ketua Pemuda Bahagian Sandakan bagi Parti Gerakan.

Ketika kerja turun padang ini dijalankan, penduduk di kawasan kampung setinggan tersebut menerima baik dan terima kasih dengan usaha Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat dan JKKK. Penduduk kampung tersebut begitu gembira dan yakin atas usaha kerajaan Barisan Nasional berbanding dengan pihak pembangkang yang hanya tahu membuat janji kosong serta buat kenyataan akhbar tanpa dapat melaku apa-apa tindakan untuk membela nasib penduduk kampung tersebut.

Tambah beliau, mereka yang diberi borang pasti diberi satu lot rumah di rumah PPR di Batu 8 ini oleh Majlis Perbandaran Sandakan. Operasi beri borang di kampung ini adalah untuk mempastikan penduduk yang terlibat diberi rumah dan bukan sesiapa yang cuba mengambil kesempatan. 

Chan berkata walaupun adalah sekumpulan kecil tidak dapat diberikan borang pada hari tersebut kerana penduduk tidak dapat ditemui atas sebab kerja di luar ketika penyerahan borang, namun borang mereka akan disimpan khusus untuk mereka. Mereka yang tidak dapat diberikan borang ini telah direkodkan dan mereka boleh menuntut borang mereka masing-masing di pejabat UPKR N45 di Bandar Kim Fung dalam masa minggu ini. Hanya mereka yang terdaftar dalam rekod banci unit setinggan sahaja boleh menuntut borang tersebut dan wakil adalah tidak dibenarkan. 

Semasa penyerahan borang permohonan rumah PPR ini, Chan dan kakitangan juga sempat dijemput oleh penduduk di kampung tersebut untuk beraya di beberapa rumah dengan jamuan. PKR Elopura yang baru sahaja dilantik oleh Ketua Menteri baru-baru ini rasa semangat perpaduan dan kemesraan yang telah lama dipupukkan selama ini antara pelbagai kaum yang mana tidak boleh sekali pun dicabar dan dimain-mainkan oleh mana-mana pihak semata-mata bagi tujuan yang tertentu khususnya dalam mendapat sokongan politik. 

No comments:

Post a Comment