Sebagai memenuhi permintaan keluarga arwah
Abdul Mutalib Mohamed Daud, bekas Ketua Editor Sabahkini.net, pihak Editorial
laman portal Sabahkini.net membuat pembetulan berkenaan tahun kelahiran arwah
sepertimana telah disiarkan pada 29 Jun 2013 (klik disini bertajuk 'AL FATIHAHUNTUK MUTALIB MD').
Allahyarham Abdul Mutalib Mohamed Daud
dilahirkan pada 02 Oktober 1962 di Baling, Kedah yang kemudiannya membesar
sebagai 'Anak Jati Sabah' di Sabah, pernah bertugas di Jabatan Audit sabah
sebagai Juruaudit selama beberapa tahun, kemudiannya menjadi Penasihat beberapa
Ahli Politik Tempatan selain bekerja sendiri.
Beliau telah banyak memperjuangkan nasib
rakyat Sabah berhubung kerakyatan songsang, membongkar kejalangan para pemimpin
dan jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dalam salahguna kuasa.
Sebagai bekas Ketua editor, Journalist dan
Penulis Kontroversi, beliau tidak pernah ditahan di bawah mana-mana kesalahan jenayah
sekalipun di bawah kesalahan ISA kerana keberaniannya yang tidak mampu dilawan
oleh mana-mana pihak.
Menurut keluarga beliau, beliau bakal menjadi
saksi terakhir dalam perbicaraan RCI di Kota Kinabalu dalam tempoh yang
terdekat. Beliau kembali kerahmatullah pada 29 Jun 2013, jam 3 pagi di rumah
isteri terakhirnya Pn Sarina Abdul Ganih di Kota Kinabalu dan dikebumikan di
Tanah Perkuburan Islam Tabin-Silabukan berdekatan makam arwah ibunya. Semoga
Allahyarham Mutalib MD bersemadi dengan tenang dan aman, sekali lagi AL FATIHAH
untuk arwah.
Pihak Editorial Sabahkini.net memohon jutaan
kemaafan di atas 'typing error' Artikel 'AL FATIHAH UNTUK MUTALIB MD' buat
keluarga Allahyarham Mutalib MD.
No comments:
Post a Comment