Saturday, 3 August 2013

SEMUA JAMBATAN KG KARAMUNTING AKAN DIBAIK PULIH



OLEH: SHAIMON S JUMADI



 Kaption Gambar SK121/LAWAT….Linda (bertopi) dan pegawai-pegawainya kelihatan sedang meninjau kemudahan asas yang rosak di Kampung Karamunting

Ahli Parlimen Batu Sapi Datin Linda Tsen Thau Lin akan berusaha memohon peruntukan dari Kerajaan untuk membaik pulih semua  jambatan kayu yang rosak di Kampung Karamunting.

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan ke kampung berkenaan untuk melihat sendiri kemudahan-kemudahan rosak yang perlu dibaiki setelah menerima aduan dari penduduk kelmarin.

Menurut Linda, program turun padang merupakan satu pendekatan yang membolehkan wakil-wakil rakyat untuk berjumpa dengan penduduk kawasan masing-masing bagi meninjau masalah mereka serta mendengar suara rakyat.

Bercakap  kepada  Wartawan Kanan Sabahkini.Net,   Kerajaan Barisan Nasional  (BN)  memang prihatin terhadap  permasalahan  rakyat dan sentiasa berusaha mencari penyelesaian demi kepentingan dan keselesaan rakyat. Ini termasuk memastikan seluruh rakyat  terutama  masyarakat luar bandar dapat menikmati kemudahan asas yang disalurkan oleh kerajaan tanpa mengira apapun faham ideologi  politik.

Turut menyertai lawatan itu ialah Ketua Pengawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi, Kong Nyuk Thou dan pemimpin- pemimpin setempat.

Para penduduk mengalu-alukan berita baik yang dibawa oleh Datin Linda dalam usaha beliau mengatasi masalah yang dihadapi rakyat jelata di kawasan Parlimen Batu Sapi.

3 comments:

  1. Baguslah klau macam tu dan adalah diharapkan jambatan2 kali ini digantikan dengan jambatan simen sama seperti perkampungan di tanah merah jg sebuah kampung berhampiran dan dalam kawasan parlimen yang sama jd semua penduduk dapat menikmati kemudahan ini dlm tempoh yg agak lama..kg karamunting juga berpotensi menjadi kg contoh jika diberi perhatian yang sewajarnya..terima kasih!

    ReplyDelete
  2. dalam beberapa laluan lagi akan di baiki pulih atau naik taraf di kawasan kg karamunting. terima kasih atas usaha YB LINDA TSEN TAU LIN

    ReplyDelete
  3. dalam beberapa laluan lagi akan di baiki pulih atau naik taraf di kawasan kg karamunting. terima kasih atas usaha YB LINDA TSEN TAU LIN

    ReplyDelete