Oleh:
Shaimon S Jumadi
HULUR SUMBANGAN....Juslia dan Zakaria bergambar
dengan sebahagian OKU masing-masing
sambil menghulur sumbangan raya
SEBAGAI
insan yang normal dan waras seharusnya
kita tidak meminggirkan golongan orang-orang istimewa (OKU) kerana
pada hakikatnya mereka memang
tidak mahu dilahirkan sedemikian rupa oleh ibu-ibu mereka tetapi ini
semuanya takdir Allah yang telah menentukan
segala-galanya kepada umatnya.
Namun
sebaliknya kita harus menyayangi mereka seperti insan-insan yang lain terutama
sekali pada musim Bulan Ramadan Almubarak
yang merupakan bulan rezeki dan bulan
berkat ini kita harus jangan lupa kepada golongan OKU untuk mereka
sama-sama menyambut hari lebaran yang hanya tinggal berapa hari lagi ini.
Ahli Parlimen Kawasan
Libaran Datuk Hj Juslie Ajirol dan Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum-Gum yang juga selaku Pembantu Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Hj Zakaria Hj Edris masing-masing
menyatakan demikian sejurus selepas upacara
penyampaian sumbangan Hari Raya kepada golongan OKU seramai 428 orang yang diadakan di Masjid Nurul Aman Kg
Gum-Gum dekat sini malam tadi.
Zakaria berkata pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN)
memang sentiasa priharin terhadap golongan istimewa ini selain memberikan
sumbangan sebegini kepada mereka bahkan kerajaan juga telah membina kemudahan asas untuk
menempatkan OKU untuk mereka di jaga dengan sebaik-baiknya.
Sementara itu kata Juslie, sumbangan sebegini memang
diberikan saban tahun bukan saja kepada
OKU, orang-orang tua (Warga Emas)
Ibu-Ibu tunggal dan golongan miskin tegar bahkan anak-anak Yatim tidak ketinggalan menerima sumbangan raya
yang sama ini untuk meringankan beban di samping untuk menggembirakan mereka menyambut suasana
hari lebaran ini.
Sambil itu Zakaria dan
Juslie meminta jasa baik kepada golongan konglomerat (Koperat) tampil ke depan agar sama-sama memberikan bantuan sedemikian
kepada golongan berkeperluan.
No comments:
Post a Comment