Oleh: Shaimon S Jumadi
MURTAD.....Inilah tiga orang Artis wanita Indonesia yang murtad.......Nahuzubillah
Minzalik
ISU murtad bukan hanya di Malaysia, tapi turut berlaku di Indonesia. Kontroversi
terbaru yang terjadi di kalangan dunia hiburan Indonesia apabila berita tiga
artis mereka dikatakan telah menukar agama atau murtad.
Salah seorang daripada
artis tersebut dikatakan penyanyi. Penyanyi yang popular dengan lagu 'Kekasih
Yang Tak Dianggap' itu sudah dua kali menukar agama, perkara tersebut telah
disahkan sendiri oleh ibunya, Deetje. Deetje yang kecewa dengan tindakan yang
dibuat oleh anaknya itu memberitahu bahawa dia belum pernah melihat Pinkan ke
gereja, namun dia memberitahu bahawa Pinkan atau nama sebenarnya Pinkan
Ratnasari Mambo dikatakan telah berubah dengan mendadak sejak kebelakangan ini.
Menurut Deetje, dia merasa seperti kehilangan anak namun hanya berserah pada
yang maha berkuasa.
“Anak merupakan kurniaan Tuhan dan kita tidak boleh mencintai
anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,”ujar Deetje.
Yang kedua pula adalah
artis yang terkenal dengan watak Aisha dalam filem “Ayat-Ayat Cinta”, Rianthi
Rhiannon Cartwright. Dia turut dikatakan telah menukar ke agama kristian
apabila berkahwinan dengan Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan atau lebih
dikenali dengan Cas. Perkahwinan mereka dilangsungkan di Gereja Old St Patrick,
New York Amerika Syarikat. Cerita ini diketahui apabila risalah gereja tersebut
tersebar dan memperlihatkan
wajah bintang pengacara MTV itu.
Pengurus kepada Rianthi
enggan mengesahkan perkara tersebut, sebaliknya memberitahu bahawa dia tidak
tahu mengenai perkara tersebut dan menjelaskan
bahawa dia hanya berhubung dengan Rianthi hanya atas urusan kerja.
Adi mencadangkan agar
mendapatkan pengesahan daripada paderi di gereja tersebut namun pihak mereka
juga enggan memberi kerjasama.
Artis paling terbaru yang
didakwa murtad adalah Happy Salmah atau nama sebenarnya Jero Happy Salma
Wanasari. Dia dikatakan telah memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan
teman lelakinya, Tjokorda Bagus yang berketurunan raja.
Happy yang merupakan
seorang model dan pelakon
filem dikatakan telah menjalani satu upacara pindah agama Hindu dimana dalam
upacara yang dinamakan Sudhi Wadani.
Upacara yang diadakan di
Villa Ibah, Ubud Indonesia adalah sebagai pengesahan ucapan atau janji
seseorang yang secara tulus ikhlas menyatakan menganut agama Hindu.
Upacara itu adalah antara
syarat yang harus dituruti apabila seseorang mahu berkahwin mengikut adat
Hindu. Mereka kemudiannya telah melangsungkan perkahwinan di Puri Saren Kauh,
Ubud yang kemudiannya diikuti dengan majlis di Sukabumi.
Happy turut memberitahu
bahawa dia tidak mahu bercakap secara terbuka mengenai status agamanya.
Isu masyarakat Islam di
Indonesia, baik lelaki mahupun wanita yang menukar agama lain untuk berkahwin
dengan pasangan masing-masing adalah perkara biasa sejak era Sukarno. Suharto kerana mendakwa ulama berkata
ia dibolehkan saja berbanding di Negara
Malaysia jadi persoalannya apa
hukumannya dalam Agama Islam adakah kaedah sebegini halal atau haram disisi
Islam dan yang menjadi penaran nanti
ialah anak-anak mereka agama mana satu
yang mereka mahu anuti.
freedom of religion namanya gitu...
ReplyDeleteBukan kita bebas berugama kah?? What if the other way around... you would have no problem with it right? Jangan jadi hipokrit lah!
ReplyDelete