Monday, 29 December 2014

ADUN DAP dihalau dari pusat pemindahan

 
Seorang ADUN DAP kecewa kerana pihak berkuasa di Kluang didakwa menghalang beliau menyampaikan bantuan untuk mangsa banjir.

ADUN Mengkibol, Tan Hong Pin mendakwa, beliau dihalau oleh pihak berkuasa tempatan ketika mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di Kluang, Johor.

Tan berkata beliau dan MP Kluang, Liew Chin Tong diminta beredar ketika sedang mengagihkan bantuan.

“Kami dipaksa membawa balik bekalan yang diagihkan di pusat pemindahan itu,” katanya yang kecewa dengan sikap “tidak profesional” uang ditunjukkan oleh pihak terbabit.

"Ini adalah situasi banjir yang serius, saya gesa kerajaan persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan mengenepikan perbezaan politik dan bekerjasama untuk membantu mangsa banjir,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, beliau bersama gerombolannya turut diminta beredar dari sebuah lagi kawasan, Kampung Bentong Dalam oleh ketua kampung tersebut dengan alasan kehadiran mereka tidak diundang. (Malaysiakini)

No comments:

Post a Comment