Thursday, 18 December 2014

KEKURANGAN TONG GAS KERANA DISELUDUP KE FILIPINA


OLEH: SHAIMON S JUMADI


Krisis...tong gas semakin hilang di pasaran

SANDAKAN - Sejak kekurangan tong gas sama ada  jenama Petronas mahupun Shell  di pasaran kini amat dirasai oleh pengguna setempat.


Di daerah Sandakan,  lebih 20 kedai menjual tong gas berisi antaranya kedai Syarikat Welcome,  Chung Min Hing dan termasuk  beberapa buah kedai lagi lainnya. Akan tetapi, mereka tidak menjual tong gas yang berisi kepada pelanggan, mereka hanya  menjual tong gas itu untuk gatian  refill sahaja (isi semula).

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, punca kekurangan tong gas shell atau Petronas ini  adalah disebabkan tong-tong gas berkenaan kebanyakkannya  dijual ke negara jiran iaitu Filipina dengan harga satu tong gas kosong boleh mencecah RM200.00, manakala tong berisi pula dijual dengan harga RM300.00

Kata sumber itu, pelanggan masih boleh dapat tong gas kosong dengan sekali hos dan kepalanya di kedai India, tetapi mereka jual se tong dengan harga RM350.00. 


Dalam  tinjauan  wartawan kami di beberapa premis menjual dapur gas, rata-rata peniaga itu menjelaskan bahawa mereka agar sukar untuk menjual dapur gas sejak kekurangan tong gas yang ada di pasaran.

No comments:

Post a Comment