1Malaysia Development Bhd
(1MDB) milik Kementerian Kewangan mempertahankan kewangannya dengan menjelaskan
hanya sejumlah kecil RM1 juta daripada portfolio berbilion ringgitnya datang
daripada kerajaan.
Firma yang dipengerusikan
oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu dikritik ekoran tahap
hutangnya, yang sebahagiannya dijamin kerajaan.
Pengarah 1MDB Tan Sri Lodin
Wok Kamaruddin berkata hanya dana diterima daripada Kementerian
Kewangan pada masa penubuhannya dalam bentuk ekuiti bernilai RM1 juta.
Selebihnya, jelasnya,
daripada amalan kutipan dana antarabangsa.
“Oleh kerana 1MDB tidak
menerima sebarang dana daripada kerajaan, justeru itu tidak benar dakwaan
bahawa syarikat melabur, atau lebih teruk, membazir, wang rakyat negara ini,”
katanya dalam kenyataan. (Malaysiakini)
Kalau bukan duit rakyat, duit sapa ? Sapa yg jamin ?
ReplyDelete