Polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diperintahkan membayar gantirugi kepada aktivis Occupy Dataran, Fahmi Reza kerana ditahan secara tidak sah pada tahun 2012.
"Kita menang. Akhirnya kita menang," tulis Fahmi di akaun Facebook miliknya.
Fahmi turut menyiarkan sepucuk surat dari Peguam Kanan Persekutuan, Habibah Nordin yang memaklumkan bahawa pihak DBKL dan polis dikehendaki membayar pampasan melebihi RM30,000 kepada Fahmi.
Fahmi ditahan pada 22 April 2012 sewaktu pihak DBKL cuba mengosongkan Dataran Merdeka daripada aktivis Occupy Dataran yang berkampung di situ.
Mereka berkampung di situ susulan daripada demonstrasi pada 14 April 2012 bagi menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dan pendidikan percuma. (Malaysiakini)

No comments:
Post a Comment