OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran
Sandakan (MPS) hanya rajin mengutip cukai
pintu di setiap premis perniagaan tapi sebaliknya kurang bertanggungjawab dalam
mengatasi pelbagai masalah di persekitaran sama ada soal kebersihan mahupun longkang-longkang
tersumbat termasuk penutup permukaan parit.
Lubang besar di hadapan letak kereta
di barisan Pejabat Ahli Parlimen Sandakan Bandar Litat dekat sini sudah setahun
lebih masih belum lagi diperbaiki walaupun sudah beberapa kali dimaklumkan
kepada pihak MPS. Namun sehingga ke hari ini, lubang besar belum mempunyai
penutup; mungkin menunggu orang pejalan kaki di lorong bangunan itu terjatuh
(terpuruk) barulah pihak MPS kelam kabut mengambil tindakan yang drastik.
“Sepatutnya pihak MPS harus peka
dengan apa jua masalah bukan membiarkan begitu saja lubang berkenaan. Bukankah
MPS melantik beberapa orang kaunselor? Kenapa
mereka tak turun padang untuk meninjau-ninjau di satu-satu kawasan yang telah
dilaporkan oleh para pengadu tempat-tempat yang bermasalah, coba tolong beri
penjelasan yang terperinci apa tugas-tugas dan tanggungjawab sebenarnya orang-orang yang dilantik sebagai
kaunselor MPS?” kata jurucakap.
Pihak MPS rajin memungut cukai pintu
kepada semua premis bangunan di bawah lingkungan kawasan MPS, tetapi dari segi
perkhidmatan kepada masyarakat amat mengecewakan. Lihat sahaja di kawasan
lorong-lorong belakang bangunan di bandar yang
amat menjijikkan. Mereka ternyata malas untuk bertindak apalagi
menyelenggarkan premis awam, sehinggalah orang awam membuat aduan kepada media
massa barulah mereka cepat-cepat mengambil tindakan.
No comments:
Post a Comment