SOROTAN
DARI MEJA WARTAWAN KANAN
HASRAT Persatuan Pengusaha
Sabah Sabah yang akan menaikkan tambang bas sebanyak 90 peratus yang
berkuatkuasa pada 1hb Januari ini dan
begitu juga para peniaga yang mahu menaikkan harga barang runcit sebanyak 90
peratus nampaknya tidak kesampaian
berikutan penurunan harga runcit minyak Petrol RON95, RON97 dan Diesel turun
menjunam.
Dengan penurunan harga runcit minyak Petrol RON95 turun kepada RM1.91 seliter malam tadi manakala harga diesel turun kepada
RM1.93 seliter dan RON97 turun kepada RM2.11 seliter benar-benar menjurus ke
arah meringankan beban para pengguna di seluruh negara.
Lantaran itu, para pengguna
yang menggunakan RON95,RON97 dan Diesel masing –masing melahirkan rasa lega atas
penurunan bahan api tersebut dengan
harga yang terendah itu.
Dengan penurunan mendadak
harga runcit minyak ketiga-tiga jenis bahan api itu maka jelas hasrat pihak
Persatuan Pengusaha BAS di negeri ini
untuk menaikkan harga tambang pengangkutan awam 90 peratus yang akan
berkuatkuasa pada 1hb Januari 2015 tidak kesampaian.
Begitu juga para peniaga
yang lainnya yang berhasrat untuk menaikkan harga barang-barang runcit sebanyak
80 peratus juga tidak kesampaian niat mereka untuk berbuat demikian ini ekoran
penurunan harga bahan api turun
menjunam.
Dalam pada itu, ekoran
penurunan bahan api itu Timbalan Menteri
Kewangan Datuk Ahmad Maslan
berharap pemilik syarikat, pengilang, pengedar dan peruncit menurunkan harga barangan berikutan penurunan harga petrol.
berharap pemilik syarikat, pengilang, pengedar dan peruncit menurunkan harga barangan berikutan penurunan harga petrol.
Beliau
berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang akan
mengumumkan harga baharu minyak RON95 dan RON97 yang dijangka pada kadar lebih
rendah.
"Dari
segi harga barang, apabila minyak naik 20 sen, harga barang naik. Ini dah
sebulan minyak turun, tidak nampak pergerakan harga barang menurun.
"Saya
mengharapkan Peniaga bertanggungjawab melaksanakan amanah untuk turunkan harga
barangan keperluan rakyat kerana di tangan rakyat ada kuasa untuk menentukan kelangsungan
perniagaan mereka (Peniaga)," katanya kepada pemberita selepas meninjau
beberapa kawasan banjir di Kuala Kangsar hari ini.
Beliau
berkata pengguna mempunyai kuasa untuk memilih barangan dan memboikot sesuatu
barangan itu.
"Pengguna
ada kuasa, sekiranya mereka gunakan kuasa itu akhirnya yang rugi Peniaga.
Apabila perkara ini berlaku, ia tidak akan menguntungkan mana-mana pihak, lebih
baik kita menggunakan prinsip menang-menang, pengguna dapat barang murah,
peniaga pun ada untung," katanya.
“Mengenai
Peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barangan pada musim banjir, beliau
berkata ia satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan meminta pihak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan dapat membuat pemantauan dan sesiapa sahaja
para peniaga yang menaikkan harga barang-barang tersebut mereka harus dikenakan
tindakan undang-undang” katanya.
No comments:
Post a Comment