CORETAN DARI MEJA WARTAWAN KANAN
SHAIMON S JUMADI
PROJEK pelebaran Jalan Segaliud ke Bukit Garam yang bermula dari tahun 2012 lagi sehingga kehari ini kita sudah melangkau ke tahun 2015 tapi jalan tersebut belum siap-siap lagi.
Kontrakor Pan Borneo yang dilantik kerajaan untuk projek pembinaan jalan itu jelas menampakan kegagalannya; pihak kontraktor yang gagal menyiapkan projek berkenaan telah menimbulkan kontroversi dalam kalangan pengguna jalan yang berulang alik melalui jalan tersebut.
Hampir tiga tahun lamanya pembinaan projek pelebaran jalan Segaliud ke Bukit Garam gagal disiapkan sepenuhnya walaupun sudah tamat tempoh jadual projek tersebut.
Dalam keadaan jalan gravel, para pemandu terpaksa memandu lebih berhati-hati diatas jalan itu kerana jika merka silap langkah maka akan mudah mendapat kecelakaan jalanraya.
Dalam tempoh tiga tahun saja, Jalan Segaliud telah meragut lebih 25 nyawa terkorban akibat tragedi kemalangan yang mengerikan itu membabitkan 20 kenderaan remuk.
Kebanyakkan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu membabitkan lori truck dengan kenderaan-kenderaan kecil bertembung antara satu sama lain. Bagi kenderaan-kenderaan kecil, pastinya remuk berkecai termasuk pemandu dan penumpangnya juga turut berkecai; mata terkeluar, perut terburai dan badan hancur lebur macam daging ‘Con Beef’ dalam tin.
Akhir sekali, kemalangan yang membabitkan bas sekolah dengan sebuah lori 6 tan di Jalan Segaliud pada tahun 2014 bulan Ogos; pemandu Bas Sekolah dan semua penumpang yang terdiri daripada para penuntut sekolah satupun tiada yang terselamat, semuanya mati ‘kojol’ di tempat kejadian.
Manakala pemandu lori yang melanggar Bas sekolah tersebut sedikitpun tidak mendapat kecederaan malahan pemandu lori senang hati, ketawa terbahak-bahak, maklum saja pemandu lori tersebut terdiri daripada orang asing dari Indonesia kerana berjaya membunuh secara sengaja semua penumpang bas sekolah itu.
Walaupun sudah banyak berlakunya kemalangan di atas jalan raya itu yang banyak meragut nyawa, namun bagi pihak kontraktor Pan Borneo, ianya bukan masalah mereka. Sebanyak mana pun jumlah kemalangan maut yang terjadi di sana, bagi pendapat mereka adalah bukan tanggungjawab mereka.
Sebenarnya kelewatan menyiapkan Jalan Segaliud oleh Pan Borneo sebagai kontaktor yang dilantik kerajaan adalah berat sebelah demi kepentingan diri mereka.
Kerajaan terlalu berlembut walaupun sudah tamat tempoh jadual untuk menyiapkan jalanraya itu. Kontraktor yang bertanggunjawab ke atas pembinaan jalan itu dibiarkan begitu sahaja tanpa ada tindakan diambil dikenakan kepada kontraktor terbabit.
No comments:
Post a Comment