Friday, 23 January 2015

KEBEBASAN AGAMA PENYATUAN MASYARAKAT KATA ZAKARIA


OLEH: SHAIMON S JUMADI

Gambar Kelihatan.......Zakaria (enam dari kanan) bersama pemimpin setempat di Ulu Dusun



GUM-GUM : Keharmonian kaum di Negeri Sabah pada hari ini adalah hasil usaha dan komitmen rakyat yang sememangnya sejak dahulu lagi mempraktikan budaya saling menghormati, memahami anutan agama masing-masing.


“Kebebasan agama yang kita perolehi ini harus dipertahankan sehingga ke anak cucu kita kelak. Ini keunikan kita di Sabah,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris ketika merasmikan sambutan Hari Natal 2014 serta Tahun Baru 2015 dan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat peringkat Ulu Dusun di sini kelmarin.

Konsep Rumah Terbuka menjadi nadi penyatuan dan mengkukuhkan lagi perpaduan di kalangan kita . Masyarakat tidak kira usia dan agama perlu bersatu dan setia kepada payung negara. Kita harus memupuk semangat cintakan negara melalui pelbagai pendekatan bersama yang tujuannya mensyukuri segala kemudahan dan keindahan negara hari ini, tambah Zakaria.

“Program seperti yang dianjurkan pada hari ini adalah suatu tanda kekuatan kepada perpaduan kaum di negara kita khususnya masyarakat komuniti di Sabah yang datangnya dari pelbagai latar belakang etnik,” kata Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri.

Beliau amat berharap agar hubungan silaturahim antara semua kaum dapat dipelihara dan menjadi teras kepada perpaduan rakyat di Sabah khususnya di sini.

Sementara itu,  menurut Zakaria,  kestabilan politik mampu menjamin keharmonian dan ketenteraman selain mampu menstabilkan ekonomi masyarakat negeri dengan ditambah lagi sokongan padu para pemimpin di peringkat atasan maka setiap program kearah pengkukuhkan kaum terus mendapat perhatian.

Turut hadir pada program berkenaan ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Gum Gum Kamal M Said, Pegawai Kemajuan Masyrakat DUN Gum Gum Rosly Aziz serta para pemimpin dari kampung dan enam buah gereja di sekitar kawasan Ulu Dusun.

Seramai 64 orang yang terdiri daripada OKU, ibu tunggal dan pesara kurang kemampuan telah menerima sumbangan dari Zakaria pada program tersebut.

No comments:

Post a Comment