Pengumuman senarai pimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah oleh DSP Lajim Ukin baru-baru ini menyentap sanubari sebahagian pimpinan yg berada dipantai timur Sabah termasuk saya sebagai mantan ketua amk negeri sabah yg juga merupakan ketua penerangan PKR Cabang Silam.
Menurut pemerhatian saya, dalam 10 pimpinan teratas MPN Sabah tidak ada seorang pun dari kalangan pimpinan dari pantai timur yg merangkumi sembilan kawasan parlimen.
Situasi ini merupakan satu tamparan yg sangat dasyat buat pimpinan serta ahli PKR di kawasan tersebut seolah-seolah tidak diiktiraf untuk bersama-sama memeriahkan gelombang kebangkitan rakyat sekali lagi pada PRU14 mendatang.
Adakah kerana faktor ketiadaan kerusi yg disumbangkan pada PRU13 lalu maka ahli PKR pantai timur Sabah dihukum sebegini rupa dan adakah ini juga merupakan langkah bijak yg cuba ditunjukkan oleh MPN Sabah itu sendiri?
Saya juga melihat tiada golongan umur pertengahan (40-45 tahun) yang diserapkan dalam MPN kecuali ADUN MOYOG; di saat parti-parti lain cuba meremajakan parti masing-masing tetapi PKR Sabah pula mengambil pendekatan sebaliknya.
Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini selaku ahli parti yg sangat menyayangi PKR sejak ianya ditubuhkan; maka wajar perubahan dalam saf kepimpinan MPN negeri Sabah di struktur semula agar keyakinan ahli dapat kita gembleng gengan jitu. Semoga kita dapat membina satu pasukan yang mantap serta diyakini rakyat untuk persediaan menumbangkan BN pada PRU14 akan datang.
Kenyataan saya ini juga bukanlah kenyataan kolektif dari Cabang Silam melainkan ianya datang dari pandangan peribadi saya selaku ahli yg cukup lama dalam perjuangan ini; walaupun ada juga ahli-ahli dari Cabang lain yg turut menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan situasi ini,dan ianya juga tidak bermakna saya tidak menghormati kepimpinan DSP Lajim Ukin selaku pengerusi MPN PKR Sabah tetapi demi kepentingan semua pihak dalam PKR Sabah maka saya memilih untuk berani mengambil risiko ini untuk menegur kepimpinan yang sedia ada.
CITRA MASADI
MANTAN KETUA AMK SABAH MERANGKAP KETUA PENERANGAN PKR CABANG SILAM
No comments:
Post a Comment