OLEH: DARREL MAT SALONG
TENOM: Bendahari Agung Liberal Demokcratic Party (LDP) Dato' Ng Tet Hau, menyelar kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang meminta para pengguna masyarakat Melayu memboikot membeli barangan peniaga Cina.
Menurut Ng, langkah Sabri itu kononnya sebagai usaha untuk menghalang sikap peniaga Cina yang terlalu mementingkan keuntungan dalam urusan perniagaan, tetapi Ng pada sebaliknya bertanya Sabri, apakah tindakan nya itu selari dengan konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri?
Jikalau Sabri memilih langkah sedemikian seolah-olah slogan 1Malaysia yang dilaungkan Perdana Menteri tidak dihargai dan dihormati langsung oleh menteri tersebut selain ianya bermotifkan untuk membeza-bezakan kaum, kata Dato' Ng yang juga Ketua LDP Tenom ketika memberitahu pemberita pada Selasa.
Katanya, kenyataan Ismail itu meningkatkan kebencian orang Melayu bukan sahaja kepada peniaga Cina tetapi kepada masyarakat itu pada keseluruhannya sedangkan Perdana Menteri telah bertungkus lumus untuk menyatu-padukan masyarakat majmuk di Negara ini melalui konsep 1Malaysia.
“Selama ini kita sudah merasa amat selesa apabila berada dalam gagasan 1Malaysia malahan saya dan keluarga sendiri tidak menganggap kami adalah Cina tetapi kita adalah 1Malaysia.
“Justeru itu, kenyataan Ismail itu perlu ditarik balik kerana bukan sahaja tidak berasas tetapi juga ia akan menimbulkan kebencian terhadap masyarakat Cina seterusnya akan mewujudkan perbalahan sesama sendiri,” tegasnya.
Dalam pada itu, berhubung dengan permintaan masyarakat pengguna yang mahukan harga barangan runcit diturunkan atas alasan bahawa harga minyak petrol dan diesel sudah diturunkan beliau berkata,
“Mungkin stok bekalan barangan yang diperolehi selepas harga bekalan minyak turun itu boleh diturunkan, namun bagi stok barangan yang dibeli ketika harga minyak naik ia tidak dapat diturunkan. Jika pun diturunkan juga mungkin peniaga akan mengalami kerugian,” tegasnya
KALAU ORANG MELAYU SELALU MENEKAN KAUM CINA INDIA KADAZAN-DUSUN SEKALI MEREKA MERAJUK BARU MENINGGALKAN BN KELUAR BERAMAI-RAMAI BARU MEREKA SEDAR MENANGISPUN TAK GUNA
ReplyDeleteKALAU ORANG MELAYU SELALU MENEKAN KAUM CINA INDIA KADAZAN-DUSUN SEKALI MEREKA MERAJUK BARU MENINGGALKAN BN KELUAR BERAMAI-RAMAI BARU MEREKA SEDAR MENANGISPUN TAK GUNA
ReplyDelete