Thursday, 5 February 2015

PELAJAR DIINGATKAN SUPAYA MEMANFAATKAN BANTUAN



GUNAKAN SEBAIK MUNGKIN…Haji Mohd Fadzlee  diiringi oleh Pengetua dan Penolong Penolong Kanan SMK Pekan Kuala Penyu   ketika menyampaikan bantuan Awal Persekolahan kepada  salah seorang pelajar  pelajar semasa majlis tersebut.


KUALA PENYU : Golongan pelajar diingatkan supaya memanfaatkan  bantuan Awal Persekolahan yang diberi kerajaan untuk  membeli keperluan sekolah yang dapat membantu pembelajaran mereka.


Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort Haji Mohd Fadzlee Abdullah berkata, bantuan berkenaan diberi atas rasa tanggungjawab kerajaan untuk meringankan beban  ibubapa pelajar  bagi menyediakan keperluan untuk pendidikan.

“Kita patut bersyukur dengan pemberian ini, walaupun keadaan ekonomi Negara yang lembab namun kerajaan masih berupaya memberikan bantuan ini demi untuk memperkasakan modal insan melalui pendidikan, justeru gunakanlah sebaik mungkin,” katanya  ketika berucap menyampaikan Bantuan Awal Persekolahan kepada pelajar di Dewan SMK Pekan Kuala Penyu kelmarin. 



Beliau berharap dengan pemberian  bantuan tersebut, lonjakan kecemerlangan akan dapat terus diperkasa seiring dengan hasrat mahu menjadikan negeri ini sebagai lembah ilmu.

Dalam Perkembangan lain Yang Dipertua Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) SMK Pekan Kuala Penyu itu juga turut mengingatkan mesyuarat agung (PIBG) SMK Pekan Kuala Penyu akan diadakan pada 10 Mac  2015 akan datang dan meminta semua ibubapa pelajar di sekolah berkenaan hadir bagi menjayakan bersama mesyuarat agung tersebut.

Katanya, kehadiran ibubapa ke mesyuarat Agung dewi tahunan tersebut penting sebagai medium untuk bertukar-tukar pandangan serta pendapat untuk memperkasakan lagi peranan (PIBG) sekolah berkenaan untuk merancang serta melaksanakan pelbagai program yang boleh membantu pihak sekolah dan pelajar mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.

“Saya meminta ibubapa pelajar agar dapat meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat agung kali ini, banyak agenda yang perlu dikongsi bersama, segala pandangan serta saranan dari ibubapa demi kebaikan pihak sekolah dan para pelajar” katanya.

No comments:

Post a Comment