Friday, 27 March 2015

Gindanau, Community Policing Programme



Zaidi…(dua kanan), Loris(empat kanan), pegawai lain dan anggota yang lain ketika mengunjungi pesakit di wad perempuan hospital Kota Belud


KOTA BELUD: Sempena Hari Polis Ke 208, IPD di sini, telah mengadakan kunjungan kepada para pesakit Hospital Kota Belud dan anak-anak yatim, Darul Bakti, Kampung Bobot.



Rombongan itu diketuai oleh Ketua Polis Daerah, Kota Belud SUPT Mohd Zaidi Abdullah bersama Ketua Cawangan Khas Daerah, ASP Loris Matius dan beberapa pegawai yang lain.

Selain memberi sumbangan hadiah kunjungan itu juga adalah sebahagian mengisikan  “Program Community Policing”


Zaidi…menyampaikan hadiah kepada seorang anak di wad kanak-kanak dan disaksikan kakitangan Hospital Kota Belud


Menerusi konsep Community Policing itu, polis Kota Belud kelihatan menjalankan tugas dengan baik dan banyak pembaharuan diperkenalkan kearah memastikan keluarga dan masyarakat di sini sentiasa dalam keadaan selamat sejahtera.

Difahamkan juga, masyarakat harus hormat, sokong dan memberi kerjasama penuh kepada polis, iaitu mewujudkan kerjasama polis dengan komuniti dan mempertingkatkan lagi keberkesanan mencegah jenayah.

Dalam gambar, kelihatan Zaidi menyampaikan hadiah kepada warga Hospital Kota Belud dan ditemani oleh anggotanya yang lain.

No comments:

Post a Comment