Tuesday, 31 March 2015

Kemalangan Di Jalan Labuk



Oleh: Shaimon S Jumadi
Foto Sri Eja



SANDAKAN : Satu kemalangan telah berlaku di hadapan stesen minyak Petronas Batu 32 Jalan Labuk  yang membabitkan dua kenderaan Single Cap  dengan Double Cap Vigo petang tadi.



Menurut sumber, kereta single cap yang dipandu oleh  Ranjis Ismail tiba-tiba dilanggar olel kereta vigo kemudian terbalik atas tepi jalan berkenaan.


Dalam kemalangan tersebut,  semuanya selamat tiada berlakunya perkara yang buruk  hanya tangan dan dada Ranjis mengalami sakit sedikit.


Menang tidak dinafikan jalan raya yang menuju keatas bukit dihadapan stesen minyak Petronas itu sering kali berlakunya kemalangan yang agak mengerikan.


Walau bagaimanapun para memandu agar lebih berwaspada dan berhati-hati ketika mengguna jalan raya itu dan bukannya tempat berlumba-lumba siapa mahu cepat, kata orang malang tidak berbau.

No comments:

Post a Comment