Oleh: Darrel Mat Salong
RUDY BUAT LAPORAN- petikan gambar suatu ketika dahulu, ketika Rudy bersama Exco Pemuda SAPP membuat laporan polis di IPD Keningau berhubung MyKad palsu.
TENOM: Presiden Pertubuhan Mamagun Sabah (PMS) Rudy S Mairi menegaskan bahawa, pendedahan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah Ismail Ahmad pada baru-baru ini di Keningau bahawa dakwaan adanya kewujudan MyKad palsu memang benar.
Ekoran pendedahan itu, ianya telah membuka mata banyak pihak bahawa apa yang digembar-gemburkan oleh masyarakat prihatin berhubung masalah itu sebelum ini bukanlah sekadar gimik.
Beliau berkata, sebelum pilihanraya umum kali ke-13 (PRU) pihaknya pernah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau berhubung pemilikan MyKad oleh seorang rakyat Pakistan yang baru dua bulan datang ke negeri ini namun sehingga sekarang tiada tindakan diambil.
RUDY S MAIRI – Presiden PMS.
“Saya pada waktu itu sebagai Naib Ketua Pemuda SAPP Pusat begitu yakin agar laporan itu mendapat tindakan susulan, sebaliknya ia seolah-olah lenyap begitu sahaja malah ada pula suara suara sumbang di sekeliling kedengaran kononnya tindakan saya adalah gimik politik.
“Jadi, senario terbaru ini nyatalah bahawa MyKad palsu memang wujud sepertimana pendedahan Pengarah JPN Sabah, (ianya) bukan gimik politik, dan perlu dibanteras sehabis-habisan oleh pihak berkuasa.
“Terlalu banyak perkara pelik berlaku, contohnya di Tenom, kalaulah alamatnya dan kelahiran bagi seseorang warga Pakistan itu di Kg Bunut mungkin tidaklah pelik sangat, tetapi jika dia dilahirkan di Rundum atau di Batu Tiningkang, maka inilah yang menjadi peliknya,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Rabu.
Berhubung dengan kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang terkejut dengan pendedahan itu dan mahu mendapatkan penjelasan segera daripada JPN Sabah sesuatu yang tepat dan perlu dilihat dari sudut positif.
Ianya juga selaras dengan peranan dan tugasannya untuk melaksanakan misinya selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Pendatang asing tanpa izin namun tidak bersetuju tanggapan sesetengah pihak yang memperlekehkan kewibawaannya.
Selain itu, berhubung pemahamannya mengenai ucapan Pairin semasa majlis ulang tahun PBS ke-30 tahun disifatkannya sebagai suatu kesedaran kepada rakyat di Sabah yang harus bangkit berjuang bersama gagasan Barisan Nasional (BN) untuk mengembalikan hak asasi rakyat dinegeri ini yang sekian lama telah terhakis dirunding menerusi musyawarah dalam BN.
“Kita sendiri sudah lama terasa apa yang tidak betul dengan hak asasi kita selepas pembentukan Malaysia kerana banyak perkara sudah lari daripada terma-terma yang digariskan didalam dokumen 20 Perkara dan juga Perjanjian Malaysia (MA63), (jadi) kita fahami semua itu secara ikhlas dan tak perlu meminta Pairin menjelaskan secara terperinci (spesifik),” tegasnya.
persoalan mengenai negara atau negeri Sabah dalam blog: http://www.negara-sabah.blogspot.com
ReplyDeletepersoalan mengenai negara atau negeri Sabah dalam blog: http://www.negara-sabah.blogspot.com
ReplyDelete