Friday, 13 March 2015

Program Derma Darah




Tamparuli: Kempan Derma Darah Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Tamparuli di Dewan Tun Hamdan, di sini, semalam, berjaya mengumpul 28 paint darah daripada penderma sekitar Tamparuli, Kiulu dan Tuaran.


Ketua Pemuda PBS Tamparuli, Romeo Sindeh, berkata program itu bertujuan membantu tabung darah Hospital Likas mengatasi masalah kekurangan bekalan darah kerap dihadapi hospital berkenaan disebabkan peningkatan jumlah pesakit memerlukan.

"Kita sedia maklum darah adalah bahan penting dalam rawatan kesihatan, di mana tabung darah hospital seluruh negara adalah nadi dalam  menyelamatkan nyawa pesakit memerlukan pemindahan organ, pembedahan jantung, kes pendarahan disebabkan kemalangan dan ibu bersalin.

"Tabung darah seluruh negara berfungsi mengumpul, menapis, memproses dan membekalkan darah ke hospital, manakala orang ramai pula menjadi penderma," katanya ditemui pada program itu.

Turut hadir, Ketua PBS Bahagian Tamparuli, Datuk Jahid Jahim.

Beliau berkata, orang ramai perlu faham serta prihatin menderma darah adalah tanggungjawab bersama masyarakat dalam membantu pesakit yang memerlukan bantuan itu.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda PBS Tamparuli terpanggil melakukan sesuatu untuk membantu mengisi tabung darah hospital, dalam usaha meringankan beban pesakit memerlukan bahan itu.

Romeo berkata, tanggungjawab semua lapisan masyarakat adalah memastikan keperluan darah mencukupi dengan menderma darah mereka bagi membantu pesakit memerlukannya.

Katanya, program berbentuk kesihatan itu adalah kegiatan kali ketiga kendalian Pemuda PBS Tamparuli, selepas berjaya mengadakan dua program berbeza sebelum ini.


Beliau berkata, kegiatan terdahulu penyertaan pasukan bola sepak dari Tamparuli dalam kejohanan bola sepak 20 tahun Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai, di Tuaran.

No comments:

Post a Comment