Oleh: Wan Salmah Wan Dzulkiflie
PETALING JAYA : Setelah dicop “Minah Propa”, muncul pula foto-foto lama yang digembar-gemburkan untuk menjatuhkan nama baik selebriti jelita ini.
Kemesraan yang terpancar melalui foto-foto bersama teman lelakinya yang bercuti di pusat peranginan diperbesarkan walhal ianya gambar lama semasa diusia muda. Namun, apa pun yang pasti Emma Maembong ada jawapannya tersendiri.
Menerusi temubual bersama Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani binti Ismail, 23 tahun dia menegaskan bahawa beberapa foto tersebut merupakan percutian bersama-sama keluarga, rakan-rakan yang juga disertai teman lelakinya.
“Zaman remaja pasti akan ada “culture shock”, jadi saya sebagai anak muda lagi-lagi anak ayah, apabila sekali dapat keluar semua benda nak cuba. Waktu itu saya berumur 18 tahun. Kawan-kawan, sedara-mara dan keluarga turut serta dalam percutian tersebut. Kawan-kawan pakai seluar pendek, saya pun nak pakai. Tetapi selepas meningkat dewasa dan matang, saya boleh berfikir yang mana buruk dan yang mana baik.”
Selebriti yang sudah berpunya ini dihangatkan dengan kontroversi gambar seksi dimana Emma berpakaian seluar pendek denim bersama baju tali seksi sehingga menampakkan perutnya disamping teman lelakinya. Beliau turut menyatakan hanya terdapat 4 foto percutian bersama teman lelaki dan yang selebihnya diedit untuk tampak lebih banyak.
Emma turut menambah, “Foto-foto itu merupakan barangan peribadi, hanya beberapa teman rapat saya yang memilikinya. Jadi saya tidak tahu sama ada foto tersebut di hantar sendiri oleh teman rapat atau orang yang dengki dengan saya.”
Tambah Emma lagi, “Masing-masing ada sejarah sendiri, benda yang dah lepas biarkan lepas, masa itu Emma budak-budak lagi apa yang penting kehidupan baru yang sekarang, kehidupan Emma bukan macam dulu lagi”
Menurut Emma, sekeping foto yang tersebar daripada beberapa foto yang dilayangkan di Internet merupakan gambar adik lelakinya yang berkaca mata dengan baju rona merah senada seperti yang di atas.
Emma lagi, kini dia semakin gemar mengumpul baju berlengan panjang untuk menyerlahkan identitinya yang sopan dimana dia turut menyuarakan hasrat untuk bertudung tidak lama lagi.
“Saya mengaku semasa saya bercinta dengan bekas teman lelaki saya (bukan Zizan Razak) kalau ramas-meramas dan raba-meraba tubuh badan saya itu biasalah namanya kan orang beromen memang tak lari lelaki dan perempuan sama-sama melakukannya antara satu sama lain tapi saya tidak keterlanjuran sampai menyerahkan tubuh badan saya bulat-bulat untuk melakukan zina itu tidak sama sekali kerana saya masih ingat kepada Allah” ujar Emma lagi.
Katanya lagi ada di kalangan artis-artis wanita yang beromen dengan teman lelakinya sampai tidur di hotel-hotel bermalam dua tiga hari itu tak dinafikan memang menjadi kenyataan. POSTED BY POST KINI.
emma meambong bagus dia beri pengakuan yang tubuh badanya diramas-ramas dan raba-raba oleh bekas teman lelakinya dahulu bagus dia tak malu dedahkan perkara yang sebenarnya.
ReplyDeleteItu adik diala...aku kenal
ReplyDelete