Oleh: Shaimon S Jumadi
TAWAU: Cadangan Pihak Jabatan Pendaftaran negara Cawangan Sabah menerusi Pengarahnya iaitu Encik Ismail untuk meminta agar semua Kad Pengenalan yang bernombor H03 dan H05 wajib dikembalikan dan diselidiki kesahihannya oleh pihak JPN adalah sangat wajar dan tepat pada masanya.
Menurut Presiden Kelab Penyokong BN Sabah dan Kerajaan, Dato' Dr Mohd Jeffry Rosman, ianya sememangnya sudah patut dilaksanakan bukan sekarang tapi sejak pemnerintahan PBS lagi kerana mereka (Pemimpin PBS) yang amat lantang dan berani dalam bersuara untuk membongkar segala kebenaran dari segala kebathilan yang sudah sekian lama wujud di Negeri Sabah ini.
Menurut Jeffry lagi, sekiranya ianya mahu disiasat atau diambil semula semua Kad Pengenalan itu, sistem atau rekod semasa JPN haruslah juga menunjukkan satu sistem yang telus dan boleh diterima pakai dan bagaimana pula penyampaian secara kelangsungan kepada masyarakat Sabah dan amnya Malaysia terhadap tindakan oleh pihak JPN di atas perlaksanaan ini nanti?
Bagi saya JPN Sabah wajib membuat satu Blue Print terlebih dahulu dan juga kenyataan secara iklan kepada rakyat Sabah secara notis terbuka barulah saya nampak tindakan ini benar benar telus.
Secara amnya, MYKAD di Sabah ini bagai boleh dijual beli kerana kejadian penjualan sebanyak RM8000 untuk mendapatkannya memang sudah tersebar luas cerita ini dan ianya juga dilihat sebagai serius kerana menurut sumber , ada orang dalam yang terlibat walau masih tidak diketahui siapa sebenarnya yang menjadi dalang.
Jika benar bagai dikata, maka pihak KDN sewajibnya mengambil tindakan buang negeri kepada mana mana kakitangan JPN yang telah diamanahkan untuk menjadi tiang negara menerusi pemberian taraf kewearganegaraan secara mudah kepada orang yang tidak layak mendapatnya.
Ironinya, saya amat kesal kerana Sabah menjadi satu port atau HUB bagi pengeluaran IC yang mana seringkali disebut IC projek walhal ianya bukan projek tetapi berekod di dalam sistem JPN.
“Saya mendapat banyak aduan dari rakyat marhaen yang kekurangan dokumen dan orang ini adalah peribumi sabah namun pihak JPN persulitkan dan terlalu berkronisme di dalam membantu mengatasi masalah ini. Sejajar dengan ini jeffry menggesa agar pihak Kerajaan negeri sabah menerusi semua pusat UPPM DUN membuat program JELAJAH ANAK PRIBUMI bagi mengenal pasti dan membantu rakyat Sabah yang menjadi pelarian di bumi lekahiran sendiri.
Demikian lah satu temuramah secara ekslusif yang dibuat oleh wartawan kanan Sabahkini@Sabah Insider iaitu Shaimon S Jumadi kelmarin ketika diminta mengulas kenyataan mengenai Kad Pengenalan.
Kata Jeffry lagi sesiapa yang memagang kad pengenalan bernombor H035XXXX dan H050XXXX supaya bersiap sedia kerana kemungkinan mereka yang terbabit memegang kad pengenalan jenis itu akan menerima padahnya akan disoal siasat oleh pihak kerjaaan; dari mana kamu boleh dapat kad pengenalan sedemikian rupa.
“Segala bangsa Pakistan 90 peratus yang tinggal di Sabah ramai yang mempunyai mykad kelahiran di Tambunan, Keningau, Ranau, Tamparuli, Beluran, Kinabatangan, Kundasang dan juga Papar sehingga mereka dapat Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) ,mahu bukti saya tunjukkan gambar seorang Pakistan mendaftar BR1M di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)” ujarnya.
90 PERATUS WANITA DI SABAH BERKAHWIN DENGAN PAKISTAN
ReplyDeletePAKISTAN DI SABAH JADI BESAR KEPALA SEKARANG SEBAB DI BAGI MAYKAD EWALAUPUN SONGSANG
ReplyDelete