Friday, 17 April 2015

Curi Buah Sawit Semakin Menjadi-jadi


Oleh: Shaimon S Jumadi




SEKADAR HIASAN...kegiatan curi buah sawit di Sabah semakin menjadi-jadi dan merugikan pemilik Kebun Sawit berskala kecil dan sederhana



SANDAKAN : Kegiatan mencuri buah sawit di beberapa ladang sawit di sini semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini semacam jadi satu budaya.

Salah satu tempat jadi sasaran utama  sering kali kecurian buah sawit ialah di Rancangan Sungei Manila.


Beberapa orang pemilik kebun sawit di Rancangan Sungei Manila yang enggan namanya disebut mendakwa  beberapa orang yang tidak dikenali kerap kali mencuri sawit dan dijual dikilang-kilang sawit berhampiran.

Seandainya mereka tahu siapa dalangnya atau sipencuri itu kedapatan jangan beri peluang,  belasah dulu  habis-habisan separuh mati baru hantar ke balai-balai Polis berdekatan.


Pencuri-pencuri jangan sesekali diberi muka, tangkap, diajar betul-betul, patah-patahkan tangannya biar dia menderita seumur hidup; hidup pun tak guna malah menyusahkan orang, kedua bagi nafkah pencarian haram untuk dimakan anak isteri.

Kegiatan mencuri buah sawit ini bukan sahaja berlaku di Sungei Manila, malah di kebanyakan kawasan-kawasan Ladang atau Kebun Sawit di seluruh Sabah.

Kebanyakan Pencuri buah sawit ini menggunakan pelbagai modus operandi supaya tidak mudah ditangkap oleh pihak berkuasa. Ada yang menyamar seperti pekerja Ladang atau Kebun tetapi tanpa disedari buah yang ditombak hilang begitu sahaja.

Lagi canggih lagi, modus operandi ini menggunakan lori sendiri yang berpura-pura berhenti di tepi jalan kawasan kebun atau ladang sawit; mencuri buah apabila para pekerja ladang atau kebun siap menombak buah yang diletakkan di tepi jalan. 

Semoga pihak berkuasa mengambil inisiatif akan perkara ini agar pencuri-pencuri ini dapat diberkas.

No comments:

Post a Comment