Oleh: Darrel Mat Salong
THOMAS ANGGAN – Presiden PKS.
TENOM: Presiden Parti Kebangsaan Sabah (PKS) Thomas Anggan, optimis gagasan pembangkang akan dapat menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum kali ke-14 (PRU) sekiranya cadangan kerjasama dalam kalangan pembangkang dapat direalisasikan.
Beliau berkata, partinya sedia bekerjasama dengan parti-parti pembangkang tempatan termasuk parti luar Sabah untuk membentuk satu ikatan kerjasama yang kukuh agar semasa PRU14 kelak calon calon pembangkang hanya berhadapan dengan BN secara satu lawan satu.
Ketika ditanya berhubung pengagihan kawasan bertanding, yang mana isu sebegini biasanya menjadi salah satu kekangan kepada kerjasama itu terus berkekalan beliau berkata,
“Saya percaya pemimpin-pemimpin pembangkang lebih matang dalam mengatasi masalah tersebut berdasarkan pengalaman yang pernah dialami pada PRU13 agar ianya tidak akan berulang dan menjadikannya sebagai suatu iktibar.
“Tidak dinafikan, memang ada di antara parti dalam gagasan pembangkang mendakwa kononnya partinya itu mampu menawan lebih banyak kawasan DUN namun pada sebaliknya segala-galanya harus ditentukan oleh satu Jawatankuasa Pemantau yang dilantik gagasan itu untuk memastikan ketepatan dakwaan itu.
“Kami dalam PKS tidak bersikap keterlaluan malah akan akur apa juga keputusan gagasan itu, namun yang lebih penting adalah kemenangan calon-calon pembangkang bertanding dalam PRU14. Bagaimana pun, jika itulah keputusan yang terbaik dan yang penting strategi itu dapat menumbangkan BN pada PRU14,” kata beliau ketika ditemubual pemberita dekat sini pada Isnin.
Berhubung dengan isu-isu lain Thomas berkata, PKS akan terus memperjuangkan hak asasi rakyat Sabah sepertimana terkandung di dalam dokumen 20 Perkara seterusnya menggesa kerajaan Persekutuan mengkaji semula Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) supaya diperbetulkan dan dilaksanakan.
PKS – Lambang Parti Kebangsaan Sabah.
Ditanya lanjut mengapakah Perjanjian Malaysia 1963 dan 20 Perkara perlu dikaji semula sedangkan kandungan didalam 20 perkara terutamanya Perkara menyentuh 'Borneonisasi' secara perlahan-lahan sudah dilaksanakan beliau berkata,
“Sewaktu perjanjian itu dimeterai suatu ketika dahulu status Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu adalah sebuah kerajaan sama rata (equal partner) dan mengekalkan kuasa autonomi yang sedia ada namun ianya telah bertukar secara perlahan selepas beberapa tahun yang mana selepas itu seolah-olah kedudukan Sabah tidak lagi berstatus sama rata tetapi negeri yang ke-13 di Malaysia.
“Justeru itu, PKS akan memperjuangkan agar barisan kabinet pertama diSabah selepas pembentukkan Malaysia tahun 1963 dikembalikan dengan memasukkan semula Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Dalam Negeri manakala Yang DiPertuan Negeri dikembalikan sebagai Yang DiPertuan Negara,” tegasnya.
Selain itu, Thomas turut menegaskan bahawa hasil bumi di negeri ini harus dikuasai sepenuhnya oleh pentadbiran negeri ini termasuk hasil-hasil lain seperti minyak sebanyak 5 peratus yang telah diserahkan kepada kerajaan Persekutuan sebagai royalti.
BRO JANGAN BIMBANG TAK LAMA LAGI MAC MIC GERAKAN DAN PBS UPKO PBRS DAN LDP AKAN KELUAR MENYERTAI PARTI PAKATAN RAKYAT PADA PRU 14 NANTI KAMU TUNGGU SAJA ADA SIGNAL SUDAH DARIPADA BOSS PARTI-PARTI KOMPONAN BN MEREKA MAHU MENYERTAI PAKATAN RAKYAT
ReplyDelete