Tuesday, 21 April 2015

Kerajaan Boros Dan Korupsi Perlu Ditukar Pada PRU14, DSP Lajim Ukin


Oleh: Darrel Mat Salong


DSP Lajim.....menyampaikan ucapan.


KEMABONG: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Panglima (DSP) Haji Lajim Ukin menegaskan bahawa tindakan kerajaan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) telah menambahkan bebanan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Selain itu, pemborosan pemimpin kerajaan semakin berleluasa sehinggakan kerajaan terpaksa menanggung beban hutang sejumlah kira-kira lebih RM42 billion dibawah program 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Isu tersebut bukan sahaja menjadi bualan masyarakat biasa tetapi ianya turut dipersoalkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad di mana sehingga kini persoalannya berhubung isu tersebut masih belum terjawab Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Inilah persoalan rakyat sekarang malah ada yang beranggapan bahawa pelaksanaan GST itu mungkin ada kaitan untuk menebus hutang dan pemborosan pemimpin berbillion ringgit tetapi turut membebankan rakyat.

“Kita setuju alasan mereka (BN) bahawa selain negara ini, terdapat lebih 160 negara lain telah menggunakan kaedah GST untuk mengutip cukai dan ternyata membawa kebaikan tetapi mereka lupa bahawa negara negara tersebut pendapatan rakyatnya melebihi kemampuan berbanding di negara ini.

“Sebagai contoh, negara Singapura yang mengenakan GST sebanyak 3 peratus sahaja malahan cukai pendapatan juga sudah dimansuhkan,” kata beliau ketika memberitahu hadirin kira kira 100 orang di majlis bertemu rakyat di Kuala Tomani pada Sabtu.

Turut bersama Lajim dimajlis itu, Setiausaha MPN Datuk Maijol Mahap, Ketua Wanita PKR Sabah, Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah Raymod Ahuar Rassam, Pemimpin MPN Adris Taripin, dan Patrick Sadom.

Sehubungan itu, Lajim mengajak rakyat khususnya ahli ahli PKR dikawasan itu agar meneruskan perjuangan dengan lebih giat lagi sehingga kekuatan mereka lebih mantap dan bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum kali ke-14 (PRU14).

Beliau menambah, dengan kemenangan itu, seterusnya membolehkan PR membentuk kerajaan baru diseluruh negara, sudah tentu perancangan kerajaan baru PR untuk mengubah beberapa dasar yang tidak sesuai termasuklah sistem perumahan, penempatan orang miskin dan PTPTN akan tercapai.

“Rakyat jangan bimbang bahawa perjuangan PKR dan PR bukan untuk satu bangsa sahaja tetapi pada sebaliknya berbagai bangsa berada didalamnya...hari ini sahaja barisan pimpinan MPN Sabah kita dapat lihat ada Dusun, Lundayeh, Murut, Bisaya, Cina dan Brunei.

“Jikalau ditakdirkan PR berkuasa kelak, semua dasar dasar kerajaan Umno-BN kita kaji semula seperti pemberian biasiswa untuk pendidikan, dasar PTPTN, PPRT, dasar tanah khususnya ordinan tanah Sabah dan bantuan kepada balu dan warga emas supaya tiada pilih kasih,” katanya. 

No comments:

Post a Comment