Thursday, 23 April 2015

Lawatan Kerja Felcra Berhad Ke China



PENERANGAN...Bung bersama rombongan ketika diberikan penerangan mengenai operasi kilang  semasa melawat kilang Henan Huatai Cereals and Oil Machinery Pte Ltd

LAWATAN KERJA  Felcra Sdn Bhd yang diketuai oleh Pengerusinya Datuk Bung Moktar Radin bersama pegawai-pegawai kanan Felcra Berhad baru-baru ini untuk melakukan lawatan kerja rasmi ke Negara China.



ROMBONGAN...Bung bersama pegawai pegawai kanan Felcra Berhad menunjukkan isyarat bagus semasa melawat ke kilang Henan Huatai Cereals and Oil Machinery Pte Ltd

Selain menandatangani Memorandum Persefahaman  antara Felcra Berhad  Heinan Hwetai Group di Zhengzhau China, rombongan juga berkesempatan melawat ke kilang Heinan Hwetei Cereals and Oil Machinery Pte Ltd dan melawat kilang memproses minyak kacang tanah dan minyak biji kapas di Zhengchou China.



PERSEFAHAMAN...Bung semasa bertukar dokumen persefahaman bersama  Wakil Heinan Hwetai Group di Zhengzhau China selepas menandatangani memorandum persefahaman

Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan semasa ditemui diakhir lawatan ini berkata, pengalaman hasil dari beberapa buah kilang yang dilawati memberi import baru bagi Felcra merancang untuk membuka kilang minyak berasaskan buah sawit.

Menurut beliau kepakaran serta teknologi yang ada di Negara china boleh dipelajari bagi membangunkan industri membuat minyak berasaskan  buah sawit di Negara ini agar berdaya maju dan berdaya saing setanding dengan prodak prodak yang di hasilkan di luar Negara. 

No comments:

Post a Comment