KAMI SIHAT...Rosnah bersama Sarimin dan penduduk setempat yang menyertai aktiviti tersebut
KINARUT: Masyarakat di negeri ini disaran supaya sentiasa melestarikan gaya hidup sihat kerana ia dapat membentuk modal insane yang sihat dan cergas.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Hajah Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, kesihatan dan kecergasan yang terjaga dan sentiasa disemai sejak awal usia seseorang individu akan membawa hidup yang bahagia kerana tubuh badan yang sihat tidak dapat ditukar ganti dengan segalanya.
SENAMAN BERSAMA Rosnah Sarimin menyertai penduduk setempat melakukan senamrobik sempana program tersebut
“Selain aktiviti sukan, masyarakat juga perlu mengutamakan aspek kebersihan samaada di rumah mahupun di luar rumah khususnya dikawasan perumahan agar serangga pembawa penyakit tidak mudah membiak” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan program Senamrobik Belia dan Beliawanis anjuran Warga Penduduk Perumahan Sri Segindai dekat sini kelmarin.
MESRA...Rosnah bersalaman dengan penduduk setempat sejurus tiba untuk melancarkan program tersebut
Hadir sama Pegawai Daerah Papar Siriman MF Basir, Pengerusi Puspanita Daerah Papar Sabrina Chua, Pengerusi Perumahan Taman Segindai Abd.Ajik Ajip dan Pengerusi Penganjur Samson Pina.
AMANAT..Rosnah ketika berucap melancarkan program tersebut
Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Papar turut memuji penganjuran program itu dan berharap masyarakat mendapat impak yang positif.
Selain berpeluang beriadah bersama program seperti ini juga dapat mempupuk muhibah dan merapatkan perpaduan di kalangan komuniti setempat disamping dapat mengajak golongan muda dalam aktiviti riadah bagi menghindari mereka terjebak dengan aktiviti aktiviti yang kurang sehat.
PENYERTAAN ..Antara penduduk di kawasan perumahan tersebut yang menyertai program senamrobik tersebut
“Saya berharap program ini dapat terus dianjurkan dari semasa ke semas dan usaha ini perlu dicontohi oleh kampong kampong atau kawasan perumahan yang lain” katanya
Pada majlis itu, Rosnah dan Sarimin turut berkesempatan menyertai penduduk setempat bersenamrobik selain beramah-mesra dengan penduduk setempat
No comments:
Post a Comment