KEJAYAAN...Razak bersama penceramah dan ahli-ahli Umno yang menyertai program tersebut menunjukkan isyarat 1 Malaysia selepas program tersebut berakhir
SEMPORNA : Masyarakat disarankan menceburi perniagaan inap desa yang kini semakin mendapat perhatian pelancong dari seluruh negara.
Ketua Penerangan Umno Bahagian Semporna Dato Razak Tun Sakaran berkata, kebanyakan pelancong yang melawat ke negeri ini khususnya di daerah Semporna memilih inap desa sebagai medium untuk mengenali budaya negeri ini.
PENGHARGAAN..Razak menyampaikan cendera kenangan kepada wakil dari Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah yang turut hadir memberikan ceramah sempana majlis tersebut.
Sehubungan dengan itu Razak berkata masyarakat di daerah Semporna perlu menceburi bidang ini memandangkan daerah Semporna turut menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negeri untuk bercuti bagi melihat keindahan pulau pulaunya termasuk Pesta Regatta Lepa yang kini sudah menjadi acara tahunan di daerah itu yang menjadi daya tarikan pelancong datang ke daerah ini.
MESRA...Razak bersalaman dengan ahli-ahli Umno yang menyertai program tersebut
“Rakyat khususnya ahli-ahli Umno digalakkan menceburi perniagaan inap desa atau sector pelancongan domestic yang berpotensi meningkatkan pendapatan mereka sekali gus member keuntungan” katanya ketika berucap merasmikan Pogram Membara anjuran bersama Biro Latihan dan Penyelidikan Umno Semporna, Biro Penerangan Umno Semporna dan JASA di dewan Perpustakaan Daerah di sini kemarin.
SIJIL PENYERTAAN Razak menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil Pergerakan Puteri Umno bahagian Semporna yang menyertai program tersebut
Menurut Razak yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kemajuan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah bagi mereka yang baru mahu berjinak menceburi bidang perniagaan inap desa ini mereka boleh berkongsi pengalaman dengan penguasaha pengusaha lain yang sudah pun menempa kejayaan dalam bidang ini.
SOKONGAN...Razak turut menyampikan cendera kenangan kepada Haji Kudian Balungan yang turut menyampaikan ceramah sempena program tersebut
“Untuk kita mencapai kejayaan dalam apa juga bidang termasuk bidang perniagaan perlu memiliki sikap rajin serta bersungguh-sungguh melakukannya ,mencontohi pengalaman mereka yang sudah Berjaya selain menambah ilmu pengetuahan melalui seminar atau kursus dalam bidang ini” katanya.
TEKUN...Antara peserta yang hadir begitu tekun mendengar ceramah yang disampaikan sempana program tersebut
Selain itu Razak berkata masyarakat juga khususnya mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan inap desa dan sector pelancongan wajar memulakan modus oprenadi menerusi penyelenggaran pakej pelancongan dengan menjadi hos penganjuran lawatan ke beberapa destinasi yang menarik di kawasan ini.
"Saya yakin dengan adanya kesungguhan kualiti perkhidmatan termasuk layanan, tempat tinggal kebersihan dan harga yang berpatutan ianya akan menarik minat pelancong untuk menginap di inap desa yang ditawarkan”
Menurut beliau, koperasi berkenaan wajar memulakan modus operandi menerusi penyelenggaraan pakej pelancongan dengan menjadi hos penganjuran lawatan sekolah dari seluruh negara berasaskan destinasi yang menarik di tempat masing-masing.
Dalam pada itu Razak juga turut menyarankan agar ahli-ahli Umno khususnya dikawasan tersebut dapat menubuhkan Koperasi yang menceburi sektor pelancongan domestik yang berpotensi meningkatkan pendapatan mereka, sekali gus memberi keuntungan kepada ahli.
Katanya, kerajaan turut menyediakan pelbagai inisiatif kepada penggiat sector ini terutamanya dari segi pinjaman dan sebagainya justeru rakyat dan ahli ahli Umno perlu merebut peluang yang disediakan ini.
No comments:
Post a Comment