Jeremmy(duduk lima kiri) Lores(lima kanan) Naijim(empat kanan) Pastor Naimin(empat kanan) dan anggota yang lain merakam gambar selepas sembayang di Gereja SIB Tambulion
KOTA BELUD: Sempena Hari Polis Ke 208, Persatuan Kristian Polis IPD di sini, telah mengadakan ibadah bersama jemaah kristian di Gereja SIB Tambulion, di sini pada Ahad lalu.
Rombongan itu diketuai oleh Ketua Cawangan Khas Daerah(KCKD), ASP Lores Matius.
Majlis berkenaan turut dihadiri Ahali Dewan Undangan Negeri Kadamaian, Jeremmy Malajad@ Ukoh, ASP Naijim Diun, beberapa pegawai polis dan anggota perempuan IPD Kota Belud dan Pemimpin Gereja SIB Tambulion, Pastor Naimin.
Jeremmy(empat kiri) Lores(lima kanan) Naijim(empat kanan) dan yang lain memotong dua kek bersama mengenang Hari Polis Ke-208 di gereja SIB Tambulion
Menurut Lores, selain sempena Hari Paskah, tujuan ibadah bersama itu adalah memenuhi salah satu Program Sempena Sambutan Hari Polis Ke-208.
Katanya pada tahun ini, Persatuan itu telah memilih Gereja SIB Tambulion, manakala tahun-tahun lalu, mereka telah beribadah di Gereja SIB Piasau, Gereja Basel Kota Belud dan Gereja SDA, Kampung Nahaba.
Sebahagian anggota polis perempuan bersama yang lain ketika beribadah dengan anggota Gereja di SIB Tambulion.
Menyentuh mengenai konsep Community Policing Polis Lores berkata, Kota Belud kelihatan menjalankan tugas dengan baik dan banyak pembaharuan diperkenalkan ke arah memastikan keluarga dan masyarakat di sini sentiasa dalam keadaan selamat sejahtera.
Difahamkan juga, masyarakat harus hormat, sokong dan memberi kerjasama penuh kepada polis, iaitu mewujudkan kerjasama polis dengan komuniti dan mempertingkatkan lagi keberkesanan mencegah jenayah.
No comments:
Post a Comment