Wednesday, 22 April 2015

PIBG berperanan bantu wujud sekolah cemerlang - Rosnah



MESRA..Rosnah bersalaman dengan ibubapa pelajar sejurus tiba untuk merasmikan mesyuarat agung tersebut



PAPAR: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) harus memainkan peranan membantu mewujudkan sekolah cemerlang sekaligus melahirkan generasi pelajar berkualiti yang bakal mewarisi kepimpinan negara kelak.


Timbalan Menteri Kerja raya Datuk hajah Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, kerjasama dan hubungan rapat di antara guru dan ibu bapa adalah satu faktor utama memastikan pendidikan berfungsi secara berkesan.



DIHARGAI Rosnah sambil disaksikan Guru Besar Sk St Mary Limbahau St Mary Sabell Alesius  menerima cendra kenangan dari  Yang Dipertua PIBG SK Limbahau Papar Faroq Omaro selepas merasmikan majlis tersebut


Katanya, sesebuah sekolah tidak boleh bergerak sendiri untuk maju ke hadapan tanpa sokongan daripada ibu bapa.


“Tanpa sokongan ibubapa, hasrat untuk mencapai lebih ramai pelajar dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum tidak akan tercapai, justeru apa penting adalah hubungan dua hala antara pihak sekolah dan PIBG perlu terus diperkasakan” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung PIBG Sk St Mary Limbahau Papar dekat sini kelmarin.


SAMBUTAN....Rosnah diiringi Yang Dipertua PIBG SK St Mary  Limbahau Papar Faroq Omaro bersalaman dengan Guru Besar Sk St Mary Limbahau Sabell Alesius sejurus tiba ke majlis tersebut

Hadir sama Guru Besar SK St Mary Limbahau Papar  Sabell Alesius dan Pengerusi PIBG SK Limbahau Papar Faroq Omaro.


Sehubungan itu, menurut Rosnah yang juga Ahli Parlimen  Papar, kerjasama ibu bapa dan guru dalam membincangkan hal-hal sekolah berkaitan dengan pendidikan anak-anak mereka adalah penting supaya pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan. 



HADIR...Antara ibubapa yang  mendaftarkan diri ketika  hadir  ke mesyuarat agung tersebut 


Selain itu katanya, PIBG dapat membantu pihak sekolah menganjurkan sesuatu aktiviti serta memainkan peranan dalam menggalakkan anak-anak mereka menyertai aktiviti sekolah.


Menurutnya lagi, memang tidak dapat dinafikan peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan percapaian sekolah kerana persatuan berkenaan menjadi medium untuk mencetuskan hala tuju dan matlamat sekolah ke arah kecemerlangan pendidikan.



BINCANG..Rosnah sedang memperkatakan sesuatu kepada YDP PIBG Sk St Mary Limbahau Faroq Omaro sebelum majlis perasmian bermula


“Kecemerlangan sesebuah organisasi atau persatuan amat bergantung kepada elemen yang perlu digerakkan secara bersama”, ujarnya.


Tambah Rosnah yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno  melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015, kementerian Pendidikan memperkenalkan program Sarana Ibu bapa dan Sarana Sekolah


Katanya, ianya diperkenalkan bagi meningkatkan penglibatan ibubapa komuniti dan sektor swasta dalam pembelajaran anak-anak. 


No comments:

Post a Comment