BINCANG....Rosnah sedang berbincang dengan rombongan GAGASAN Sabah yang diketuai oleh Hamdan semasa perjumpaan tersebut
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Hajah Rosnah Abdul Rashid Shirlin baru-baru ini menerima kunjungan Hormat daripada Pertubuhan Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) cawangan Sabah bertempat di Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Papar.
BERI PENJELASAN...Rosnah (duduk tengah) ketika memberikan sedikit taklimat kepada ahli rombongan tersebut
Kunjungan yang diketuai oleh Pengerusi GAGASAN Sabah Hamadan Ag.Zulkiflee itu bertujuan untuk memperkenalkan barisan ahli jawatankuasa GAGASAN Sabah kepada Rosnah yang juga Naib Presiden GAGASAN pusat.
Selain memperkenalkan barisan ahli jawatankuasa pada pertemuan tersebut, pelbagai aktiviti juga turut dibincangkan antaranya majlis penyerahan watikah perlantikan kepada ahli jawatankuasa GAGASAN Sabah yang dijangka akan diadakan minggu depan di Kota Kinabalu dan majlis penyerahanya akan disempurnakan oleh Presiden GAGASAN Datuk Haji Fadillah Yusof
No comments:
Post a Comment