Friday, 7 February 2020

KENYATAAN AKHBAR YBHG DATO’ SRI ANIFAH HAJI AMAN, MANTAN AHLI PARLIMEN P.176 KIMANIS DAN MENTERI LUAR NEGERI MALAYSIA BERKENAAN CADANGAN KERJASAMA PARTI POLITIK YANG BARU





Baru-baru ini terdapat desas-desus usaha pembentukan kerjasama parti politik baru yang dikatakan bakal melibatkan beberapa parti dalam Kerajaan dan beberapa parti dari pihak pembangkang. Secara tidak langsung, sekiranya kerjasama tersebut benar-benar termeterai maka ianya boleh menamatkan gabungan Pakatan Harapan sekaligus menukar Kerajaan yang sedia ada.

Tidak ada salahnya menyokong pembentukan kerjasama politik baru ini sekiranya kelebihan kepada rakyat untuk berbuat sedemian. Apa yang penting adalah para pemimpin politik harus menyedari amanah kekuasaan terletak pada prestasi mereka memperbaiki kualiti hidup rakyat.

Sekiranya Kerajaan pada hari ini tidak mampu memberikan prestasi yang diharapkan oleh rakyat maka sewajarnya kerjasama baru dan Kerajaan baru yang lebih cekap dan berwibawa dibentuk dengan segera.

Saturday, 1 February 2020

SURAT TERBUKA : ADUAN PENARIKAN DAN PEMBERIAN GERAI MAJLIS DAERAH KUALA PENYU


"HOI HOI YA HOI...SAYA MACAI PENYAMUN...HOI HOI YA HOI DI DALAM INI NEGERI..."

Salam Perpaduan dan salam bebas Rasuah di bawah naungan kerajaan baharu Warisan.

Surat terbuka ini ditujukan khas buat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Majlis Daerah Kuala Penyu (MDKP)

Kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mohon siasat salah laku Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kuala Penyu ke atas pemberian lot-lot gerai Majlis Daerah Kuala Penyu.