Baru-baru ini terdapat
desas-desus usaha pembentukan kerjasama parti politik baru yang dikatakan bakal
melibatkan beberapa parti dalam Kerajaan dan beberapa parti dari pihak
pembangkang. Secara tidak langsung, sekiranya kerjasama tersebut benar-benar
termeterai maka ianya boleh menamatkan gabungan Pakatan Harapan sekaligus
menukar Kerajaan yang sedia ada.
Tidak ada salahnya menyokong
pembentukan kerjasama politik baru ini sekiranya kelebihan kepada rakyat untuk
berbuat sedemian. Apa yang penting adalah para pemimpin politik harus menyedari
amanah kekuasaan terletak pada prestasi mereka memperbaiki kualiti hidup
rakyat.
Sekiranya Kerajaan pada hari
ini tidak mampu memberikan prestasi yang diharapkan oleh rakyat maka sewajarnya
kerjasama baru dan Kerajaan baru yang lebih cekap dan berwibawa dibentuk dengan
segera.