Sunday, 2 August 2020

TIDAK MENGAKU SALAH GUNA KAD PENGENALAN PALSU



ROWENA Llenado (tudung merah) diiringi pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Mahkamah Kota Kinabalu selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan kad pengenalan palsu.

Oleh NORA AHMAD

KOTA KINABALU: Seorang wanita mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan kad pengenalan palsu di Mahkamah Majistret, di sini, pagi tadi.

 

Tertuduh, Rowena Llenado , 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibaca di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.

 

Menurut pertuduhan, tertuduh pada 3 Julai lalu kira-kira jam 9.30 pagi iaitu dirumah beralamat L2-0, Blok L Universiti Apartment 2(UA2) Kota Kinabalu telah menggunakan salinan kad pengenalan berwarna (laminate) palsu bernombor 820728-12-6006 atas nama Rowena Llenado sebagai pengenalan diri.

 

Sehubungan itu, tertuduh didapati melakukan kesalahan dibawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).

 

Kesalahan itu boleh membawa kepada hukuman penjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

 

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Nurul Fariza Abdulah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 

Nurul Fariza dalam pendakwaannya berkata, tertuduh tidak ditawarkan ikat jamin kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah dan menggunakan kad pengenalan palsu.

 

Mahkamah menetapkan 3 September depan sebagai tarikh pengurusan kes.

 

Sumber : BorneoToday

No comments:

Post a Comment