Wednesday, 22 September 2010

SPRM DIGESA SIASAT RM4 BILION




PERGERAKAN Puteri UMNO menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sumbangan RM4 bilion yang diterima oleh Pas daripada sebuah syarikat baru-baru ini.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, sumbangan oleh syarikat I’DA World Group Sdn. Bhd. kepada parti politik itu menimbulkan banyak persoalan dan dilihat sebagai tindakan membalas budi kerajaan negeri Kelantan.

Jelasnya, persoalan timbul berikutan syarikat tersebut dikatakan telah menerima projek bernilai RM300 bilion daripada kerajaan negeri Kelantan, sementara sumbangan RM4 bilion itu dibuat secara terangan-terangan atas nama Pas dan bukannya kerajaan negeri.

“Lebih pelik apabila majlis penyerahan sumbangan itu tidak dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan sendiri, sebaliknya hanya menghantar wakil untuk menerima replika cek. Perkara itu perlu disiasat dan dijelaskan kerana adalah mustahil sesebuah syarikat mahu menghulurkan sumbangan dalam jumlah yang begitu besar jika tidak mendapat sebarang manfaat daripada perbuatan tersebut.

“Pergerakan Puteri UMNO melihat ada sesuatu yang tidak kena terhadap pemberian sumbangan itu dan mahu SPRM menjalankan siasatan jika terdapat unsur rasuah,” katanya.

Tegasnya, SPRM juga perlu bertindak pantas dan tegas dalam menyiasat pemberian sumbangan tersebut yang dibuat secara terang-terangan yang seperti mahu mewajarkan bahawa tindakan tersebut tidak menyalahi undang-undang.

Beliau mengulas laporan akhbar yang memetik I’DA World sebagai berkata, sumbangan RM4 bilion itu bertujuan membangun dan menambah baik infrastruktur di sempadan Rantau Panjang, Kelantan.

Pengerusi Eksekutif I’da World, Abdul Rahim Abdul Wahab bagaimanapun menafikan sumbangan itu mempunyai kaitan dengan projek mega Seri Tujuh di Tumpat, Kelantan yang bernilai RM313.71 bilion yang diperoleh oleh syarikat tersebut.

Dalam pada itu, Nik Din Nik Mat, adik Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz, mengesahkan menerima replika cek bernilai RM4 bilion dari I’DA World atas sifat peribadi dan bukannya mewakili parti atau kerajaan Kelantan.

Kata Nik Din, beliau berbuat demikian kerana tiada wakil kerajaan negeri atau Exco yang tampil mewakili Nik Aziz untuk menerima replika cek itu pada suatu majlis di sebuah hotel terkemuka di sini, dua hari lepas.

“Oleh kerana tidak ada wakil kerajaan negeri dan parti yang tampil menerima cek (replika) bernilai RM4 bilion itu, maka saya naik ke pentas itu sebagai bertindak atas sifat peribadi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, dekat sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar mengenai I’DA World yang menimbulkan misteri dan kejutan apabila bermurah hati untuk menderma kepada Pas Kelantan bagi membangunkan negeri itu.

Ia sebagai sumbangan untuk kelulusan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) yang membabitkan kawasan seluas 144,000 ekar atau 576 hektar melibatkan kos RM313.71 juta.

Replika cek bernilai RM4 bilion itu disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif syarikat itu, Abdul Rahman Abdul Rashid, seorang anak Kelantan yang kini menetap di luar negara.

Sementara itu, sumbangan peribadi RM4 bilion daripada seorang ahli perniagaan, Abdul Rahim Abdul Wahab kepada Pas negeri menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak mengenai tujuan utama pemberiannya.

Ini kerana, wang tersebut diberikan selepas Abdul Rahim yang juga Pengerusi Eksekutif I’DA World Group Sdn. Bhd. (I’DA World) mendakwa syarikatnya diberikan kelulusan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) bernilai RM1 trilion yang akan dimulakan di Tumpat pada 15 November ini.

Abdul Rahim mendakwa, kelulusan tersebut telah diberikan oleh Nik Abdul Aziz kepadanya melalui sepucuk surat rasmi pada petang sebelum pelancarannya.

Abdul Rahim mendakwa, kelulusan tersebut telah diberikan oleh Nik Abdul Aziz kepadanya melalui sepucuk surat rasmi pada petang sebelum pelancarannya.

Pengerusi Orang Muda Anti Korupsi Kelantan (Ombak), Anuar Safian mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar tampil menyiasat mengenai wang tersebut.

“Dakwaan seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana sejak akhir-akhir ini memang wujud banyak penyelewengan kerajaan negeri yang sedang dipantau oleh kita.

“Oleh itu, SPRM perlu menyegerakan siasatan ke atas kes tersebut yang sampai sekarang masih lagi di awang-awangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain menerima replika cek berkenaan, Nik Din turut mewakili kerajaan negeri menandatangani papan simbolik pelancaran projek berkenaan yang tertera nama Nik Abdul Aziz.

Abdul Rahim yang didakwa sebagai lelaki bumiputera terkaya dunia di kalangan orang yang hadir ke majlis tersebut turut menyumbangkan ‘zakat’ sebanyak RM1 trilion untuk projek S7 termasuk pembinaan lebuh raya 10 lorong menghubungkan Kelantan, Perak, Kedah, Perlis sehingga ke Sang Lang, Thailand.

Dakwa Abdul Rahim, kelulusan tersebut telah diberikan oleh Nik Abdul Aziz kepadanya melalui sepucuk surat rasmi pada petang sebelum pelancarannya.

Sementara itu, Anuar berkata, SPRM juga perlu mendedahkan status terkini semua kertas siasatan berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan melibatkan kerajaan negeri.

“Rakyat Kelantan tertanya-tanya tentang kedudukan kes tersebut yang sampai sekarang masih lagi kabur,” tegasnya.

Dalam pada itu, laman web I’DA World iaitu idaworldgroup.com.my telah memaparkan kepala surat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bertarikh 19 September yang memberikan persetujuan terhadap projek S7.

Surat tersebut ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir. Mustafa Salleh.

No comments:

Post a Comment